Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Wednesday, July 18, 2012

Cinta Selepas Kahwin...Siapa Kata Tak Boleh?

Sape kata bila dah jadi husband & wife kita x boleh ada feeling cam couple??? hehe...
Seharusnya  diterapkan rasa ingin bercinta bila dah berumahtangga.

Bila nak kuar, terfikir apa yang nak dipakai? Mesti kena lawa-lawa.
Nak makan kat mana?
Lepas habis makan nak pergi ke mana pula?

Jangan jadikan halangan bila dah berkahwin...
Jangan malu untuk berpegangan tangan bila melintas jalan...
berpegang bahu bila ingin menyatakan sesuatu...
Pasti rumahtangga akan bahagia...
Dan hubungan akan bertambah manis...
Inilah indahnya alam rumahtangga...=))

Berkongsi makanan...
Berkongsi cawan yang diminum, mungkin?
Cam kami ler...

Siapa kata kalau x bercinta, kita x boleh sefahaman bila berumahtangga?
Punca HATI...
Kita boleh didik hati kita.
Utk mencintai dan menyayangi pasangan kita.
Dan pastinya akan ada ganjaran pahala.

Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".

 Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi

Bitter, Sweet, Sour


Terasa syahdu bila diri mula keseorangan tiada insan tersayang di sisi. Tetapi setiap ujian yang Allah turunkan ada hikmah tersendiri. Barangkali Allah mahu menjadikan saya sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu yang kuat dan tabah. Saya percaya Allah menurunkan ujian pada hambanya sesuai dengan kemampuan yang dimiliki oleh hambanya di dunia. Mudah-mudahan dengan perpisahan untuk sementara waktu ini menguatkan lagi cinta dan hubungan antara kami suami isteri.

Bermacam-macam perkara yang kami lakukan supaya tidak terasa berjauhan. Mujurlah adanya kecanggihan teknologi masa kini membenarkan saya untuk sentiasa bertanya khabarnya di waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Walaupun sekejap mendengar suara sudah cukup melegakan hati. Jika ada waktu skype sudah tentu. Andai ada waktu terluang suami akan turun ke KL dan pulang ke Melaka utk bermanja bersama anak tercinta =)

Sungguh Allah benar-benar nak menguji hati dan jiwa ini berjauhan dengan suami saat kehamilan anakku yang sulung. Sebagai seorang isteri aku faham keadaan yang berlaku. Perlu ada  kepercayaan, bertolak ansur dan kesetiaan. Kata orang sayang anak tangan2 kan sayang isteri tinggal2 kan. Pemergiannya demi mencari rezeki dan bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri ini dan anak kesayangan kami Nurul Fatihah. Oleh kerana itulah aku redha dengan situasi ini dan sentiasa mendoakan suami di bawah lindungan YANG MAHA ESA.. Insyaallah..

Sebenarnya saat berjauhan dengan suami memberi ruang pada diri untuk lebih dekat dengan Ilahi. Bukan bermakna bila bersama suami terasa jauh dengan Ya Rabbi, tetapi bila berjauhan itulah akan timbul rasa kesyukuran bila saat suami di sisi, terasa ingin selalu mendoakan si dia sihat sentiasa.

Hidup kita hanyalah sementara, hargai apa yang kita ada.. Bersyukurlah dengan nikmatnya.. Alhamdulilah
TQ ALLAH!

Wednesday, June 13, 2012

kOsOng

Tajuk entri kali ini dah boleh membayangkan bagaimana perasaan saya tatkala ini...
tak terucap dengan kata2...
mungkin ini semua ujian untuk mendidik hati mengharap kepada Allah...
Insya'Allah segalanya akan baik...ameen......

Thursday, May 31, 2012

~Mengertilah Sayang~

Duhai anakandaku Nurul Fatihah sayang...
kini usiamu sudah 2bln lebih....cepatnya masa berlalu...
sedar tak sedar usia perkahwinan ayah dan ibu juga sudah setahun sayang...

Anakandaku tersayang....
sepanjang usiamu ini...
penjaga setiamu adalah nenekmu...
ingatlah wahai puteriku...
ketika ibu dan ayahmu mencari rezeki membesarkanmu...
nenekmu telah bersusah membesarkanmu, melayan kerenahmu, berjaga di malam hari membancuh susu untukmu, memanjakanmu dengan penuh kasih sayang...
belaiannya tiada tolok banding...

Puteriku sayang...
tatkala dirimu membesar...
ibu dan ayah kurang berkesempatan untuk berada di sisimu...
komitmen mencari rezeki dan jarak antara ibu dan ayah memaksa keadaan jadi begini...
Insya-Allah ada hikmah di atas takdir yg ditetapkan ini....

Fatihahku sayang...
ibu dan ayah mohon maaf andai kurang kasih sayang untukmu...
ibu dan ayah mohon maaf andai tangis dan hati kecilmu tidak dimengerti...
ibu dan ayah mohon maaf andai perhatian terlalu kurang untukmu...

Permata hatiku Nurul Fatihah...
ketahuilah...
hakikatnya ibu dan ayah terlalu menyayangimu...
terlalu sukar ibu dan ayah lalui...
hanya ketabahan dan kesabaran penawar dihati...
agar dirimu mengerti...
inilah pengorbanan ibu dan ayah...
Nilailah ia sayang....dan
balaslah dengan kejayaanmu dunia dan akhirat...
hanya itu harapan ibu dan ayah....;)


" Ya Allah, engkau tambahkanlah kesabaran & kekuatan buat diri ku.. untuk terus melalui hari-hari mendatang demi rezeki yang telah engkau anugerahkan pada ku ini..ameen"