Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Wednesday, July 18, 2012

Bitter, Sweet, Sour


Terasa syahdu bila diri mula keseorangan tiada insan tersayang di sisi. Tetapi setiap ujian yang Allah turunkan ada hikmah tersendiri. Barangkali Allah mahu menjadikan saya sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu yang kuat dan tabah. Saya percaya Allah menurunkan ujian pada hambanya sesuai dengan kemampuan yang dimiliki oleh hambanya di dunia. Mudah-mudahan dengan perpisahan untuk sementara waktu ini menguatkan lagi cinta dan hubungan antara kami suami isteri.

Bermacam-macam perkara yang kami lakukan supaya tidak terasa berjauhan. Mujurlah adanya kecanggihan teknologi masa kini membenarkan saya untuk sentiasa bertanya khabarnya di waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Walaupun sekejap mendengar suara sudah cukup melegakan hati. Jika ada waktu skype sudah tentu. Andai ada waktu terluang suami akan turun ke KL dan pulang ke Melaka utk bermanja bersama anak tercinta =)

Sungguh Allah benar-benar nak menguji hati dan jiwa ini berjauhan dengan suami saat kehamilan anakku yang sulung. Sebagai seorang isteri aku faham keadaan yang berlaku. Perlu ada  kepercayaan, bertolak ansur dan kesetiaan. Kata orang sayang anak tangan2 kan sayang isteri tinggal2 kan. Pemergiannya demi mencari rezeki dan bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri ini dan anak kesayangan kami Nurul Fatihah. Oleh kerana itulah aku redha dengan situasi ini dan sentiasa mendoakan suami di bawah lindungan YANG MAHA ESA.. Insyaallah..

Sebenarnya saat berjauhan dengan suami memberi ruang pada diri untuk lebih dekat dengan Ilahi. Bukan bermakna bila bersama suami terasa jauh dengan Ya Rabbi, tetapi bila berjauhan itulah akan timbul rasa kesyukuran bila saat suami di sisi, terasa ingin selalu mendoakan si dia sihat sentiasa.

Hidup kita hanyalah sementara, hargai apa yang kita ada.. Bersyukurlah dengan nikmatnya.. Alhamdulilah
TQ ALLAH!

No comments: