Friday, June 18, 2010

REJAB kembali lagi........

Salam sumer....:))
Selamat menyambut bulan rejab...pada yg menyambut dgn berpuasa...Alhamdulillah...moga sama2 kita mendapat keberkatanNYA... kjp je masa berlalukan...dah nk masuk bulan ramadhan...kjp lg nk raya dah...hehe....
pada yg menyambut insan2 kecil yg baru lahir..tahniah...bakal bertambah ahli keluarga sewaktu di pagi syawal nnti...tp...pada mereka yg telah kehilangan insan2 yg tersayang...pastinya agak sukar utk menyambut syawal...kerna masih dibayangi rasa kekurangan & rasa kerinduan....
ohhh......sungguh hebat dugaanMU ya ALLAH....tidak terduga apa yg bkl terjadi pd kita suatu hari nnti....semoga kita sama2 tabah menghadapi segala ketentuanNYA....

FADHILAT BULAN REJAB
Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.

Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:
Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.EPuasa 5 hari - aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

-Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.EBerpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.
-Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.
-Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
-Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Firman Allah SWT
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui "- Petikan dari Surah Al Israa ayat

DOA BULAN REJAB
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku.Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah. Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya......Wasallam.

Yok ibu2 bapak2 kita ke Bandung...hehe...

Sebahagian klrga Haji Sohor...Yg lain sume duk break1st d coffee house hotel.
Dah lama aku nak cerita trip aku ke Bandung… tp xde masa la plak... hakhak... maklumla… abis cuti…trus start keje dgn kesibukan Dewan…bz tak leh ckpla…huhu… so arini aQ nak cite laa memandangkan jumaat ni je masa aQ byk free bile time bersidang…hurmm.. 7hb yg lalu aritu aQ n keluarga sebelah my mom ramai2 gi ke bandung... cuti di sane selama seminggu…Plan nye dah lama… dr sebelum bulan puasa tahun lepas…malangnye asyik tak dan jek nak berkumpul ramai2 tu… tibe2 jerk terbukak cite n my cousin terus book MAS. Ramai jgkla yg p…dua bas tuuu (82 orang)
Tujuan utama pegi holiday ni x lain x bukan untuk lawat sedare mare sebelah mak d Acheh yg dh lame aQ tak jumpe… walaupun tak berapa nak best pegi sane memandangkan pemandangan yg mmg tak berapa nak cantik..:P hahaha… tapi g la jgk dgn hati yg tak berapa nak rela… sampai je sana..sambutan kenduri tuu…sampai gitu skali mrk sambut kami…. Terharula jgk… siap dpt kenal sedare mare wardina safiyyah…mmg lawa2 la org2 sane…huhu….nak dibandingkan aku ni…apelah sgt…huhu….

Me, my mom, cousin, n nina (anak sedare)
Hari kedua is trip dari Banda Acheh to Bandung hingga ari keempat tuk shopping lah kan... tapi kami ke Soekarno Hatta-Jakarta dulu then naik bas ke Bandung...punyela lama duk dlm bas mcm p JB...jem giler2... tp syok coz dpt shopping sakan...sampai overweigth laa masa nak balik tu… CIte sket la cane suasana bandung ni..tempat die sejuk sangat.. tengahari pon sejuk.. mcm cameron..nak kata tanah tinggi tu bukan la kot...tp ade kawasan tanah tinggi berhampiran bandung ni.. Penduduk kat sini pon biasa jer..nak highlight kat sini la kan..

My lovely mom...:)
Sumer awek kat sini cun2 belaka..bayangkan la tukang jaga parking pon macam model...blom lg yg jaga pasaraya butik2..fuhhh..giler ahhh...super model beb...pria nye lak ckp pun lembut2 jek...hahahahah... kisah benar nih... Makanan plak kitorang makan nasi padang je kat sini...mmg sodapppp... murah plak tuh...selera minang la katakan..layan nasik padang jer kitorang....tapi harus hati2 memilih restorannye…tu yg utama…Tp di sana kami mkn di Hari Umbara n Restoran Sunda Resort. Tapi yg paling best mkn di Restoran Kumanis... mmg mavellous... coz dah sdh mkn trus rendam kaki kat dalam kolam air panas Nangka n naik kuda...hehe... Pastu kami bertolak ke Bogor tuk p Golden Royal Safari...weee...ni best giler coz dpt bergambr ngan haiwan2 dlm safari tu dgn bebas...siap leh sentuh lg singa, harimau, dll...lebih kurang same ngan zoo d Singapore...
Barang2 plak aku beli baju+seluar jeans (di Toko Tiga) blouse (di Rumah Mode) kain2+telekong+tdg2 (Pasar Baru), handbag+ shoes (di Istana Tas dan di Cibaduyut), coklat n kek2 yg mmg best giler (di Kartika Sari), buah-buahan (di Mangga Dua, Jakarta) woww...murah sgt2…untung shopping kat sane…ari pertama shoppg jek dah bis dekat Rps 5 juta….ari setrusnya shoppg n trus shoppg jek…huhuhu…

Hari kelima trus naik ke puncak utk pergi bermalam di Puncak, Jakarta…kat sini lg sejuk…rs pepagi tak nak mandi…hahaha…di sane kami turut melawat Gunung Tangkuban Perahu. Ia sebagai salah satu gunung berapi di Jawa Barat, Gunung Tangkuban Perahu memang sangat dikenali. Letaknya sekitar 30 kilometer di sebelah utara Kota Bandung dalam anggaran sejam perjalanan, dengan ketinggian 2.084 meter dari permukaan laut. Gunung tersebut mempunyai identiti dengan legenda tanah Sunda yang terkenal, iaitu Sangkuriang. Bentuk gunung yang seperti trapesium terpancung tersebut merupakan perwujudan dari perahu terbalik yang ditendang Sangkuriang. Mitos ini ada kaitannya dengan nama Tangkuban Perahu tersebut. Next, kami trus ke Amcol Restoran di putar2...huhu...
Esoknya trus ke Banda Jakarta utk shoping di Mangga Dua...dah penat shoppg kali terakhir kami betolak pulang ke Malaysia...bestnye...rs nak g lg coz syok giler shopping...wawawa...Next trip??? Tungguuuuuuu......^_^

Friday, June 4, 2010

..........................

"Ya Allah tiada kemudahan melainkan apa yg Engkau jadikan mudah...dan Engkaulah yang mnjadikan dukacita itu menjadi mudah jika Engkau menghendakinya"


Nothing to say.........
Siti Zubaidah merindui nya.....but who?????


SITI ZUBAIDAH.........walau ape pun dugaan...
UKIRLAH SENYUMAN YANG PALING MANIS KERANA SELAIN IANYA MENJADI SEDEKAH, SENYUMAN ITU IBARAT LUKISAN RAHSIA HATI....:)

Perginya seorang demi seorang....


Datang dan pergi......

Itulah adat resam pertemuan....

Tiap pertemuan pasti ade perpisahan...

Sekali lg seorg staff Dokumentasi kehilangan seorang staff bernama Nurul Farihah...

Semoga Fari lebih berjaya di tempat baru (LPPKN-branch Perlis)....huhu...sedih bila hilang sorg lagi kawan...

Ape pun, plan kite berempat ke Pulau Langkawi ujung taun ni tetap kite teruskan.... See u again ujg taun ni Fari....^_*

"Teman yang solehah, malunya mengatasi perawan... beraninya mengatasi pahlawan.... cintanya bukan pada gambaran... rindunya bukan pada pertemuan... tetapi hatinya sarat dengan iman dan taqwa kepada Tuhan”
Duhai Teman Duhai Sahabatku… Hargailah bila bersahabat… Maafkanlah bila terluka… Fahamilah bila keliru… Nasihatilah bila terleka… Tegurlah bila tersilap… Ingatilah bila kesunyian… Itulah kehebatan ukhwahfillah… Insya'Allah...

Tuesday, June 1, 2010

:: When People Talking About...::

You would know me better who I am...
Purposes of life is everything for me. I've my own meaningful vision "the first step to moving on is so difficult.." Besides, i've had learn from mistakes and 'muhasabah' from lots of sins which i've done something stupid before but dissapointingly it happens just a little second...
No matter what kind of problem inside it, the unique answer will come out such a light of sun which become more brighten in morning of peace..through His truly paths of religion..
And no other religion except Islam as the highest religion and as Supreme Law of the world till hereafter....:)