Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Friday, May 20, 2011

"PJJ"

"PJJ" --------------> Perkahwinan Jarak Jauh

Entry ni khas utk kawan2 semua yg mengalami situasi yg aQ sendiri bakal hadapi... Meh bace =)

1) Jujur
-Sikap ini perlu ada dlm pasangan masing2 sbb kejujuran itulah pendinding kpd hubungan.

2) Percaya Kepada Pasangan
-Kita juga seharusnya mempunyai tahap kepercayaan yg tinggi terhadap pasangan, sikap suka mngesyaki, cemburu buta dan mendengar cakap org lain boleh mengugat kepercayaan terhadap pasangan. Jadi, tanamkan sifat percaya kpd pasanganmu dan betindak bijak bila ada ura2 mengatakan tentang pasanganmu disana, pendek kata kita siasatlah dulu ye kwn2...;)

3) Sentiasa Bertanya Khabar
-Dlm sehari, hantarlah mesej kepadnya sekurang-kurangnya “hai?”. Ini menunjukkan kita ingat akan pasangan kita disana dan pasangan kita disana akan tahu bhw kita disini tidak sesekali melupakannya.........

4) Fahami Keadaanya
-Kebiasaanya bagi pasangan yg sudah bekerja, semestinya kurang mempunyai masa dan kdg2 sibuk sehingga terlupa membalas mesej kita, janganla cepat marah. Tp aQ ni kdg2 terlajak perangai gak..hehe...Bukan ape, klu termarah tu psgn kena la phm..bkn kita nak mrh tp syaitan dh berjaya bt kita mrh... bkn kita sj2 nak mrh..hehe...sorri ye kamu...=D Sebagai pasangannya sudah semestinya kita tahu apa yg dilakukannya, lagipun bukan selalu dia xdapat meluangkan masa bersama kita melainkan dia selalu shj asyik sibuk dan jarang melayan kita...haaa..ni penting ni... so, jangan syak ape2 dulu, siasatlah seperti bertanya pd rakan- rakannya atau berbincang dengan pasanganmu.

5) Bergurau Senda
-Siapa kata pasangan jauh xboleh bergurau senda sprti pasangan dekat?, boleh ja.. Ambillah masa berbual dengan pasangan, ceritalah hal2 yg melucukan bersamanya..Walaupun perkara itu memalukan kamu seperti kamu tidur sehingga terjatuh dari katil, asalkan kamu berdua bergelak tawa bersama2, tidak mengapalah. Hubungan tidak akan menjadi hambar..kan...kan..kan....huhu........

6) Bertukar Hadiah
-Part ni bg aQ paling romantik...Apa kata anda dan pasangan sesekali bertukar hadiah, contohnya anda pulang dari kerja dan ternampak sebuah bingkai gambar yg cantik, xsalah anda membelinya dan menghadiahkannya kpd pasangan, sidia tentu terkejut menerima hadiah darimu dan bagi pasangan pula, sebolehnya balaslah la hadiah itu walaupun murah mcmana skali pun..sbb bukan harga jd ukurannya...Ini menunjukkan anda juga seorang yg pandai menghargai...mcm aQ la jgk kirenyeni..hehe..perahsantan ehh!! so, buat kamu, jagalah 'berry hitam n unta cumil' tu ye....

7) Tahu Waktu “Khasnya”
-Tips yg ketujuh ni khas buat kaum lelaki, seeloknya anda kaum lelaki tahu bila waktu “khas” nya, anda faham-faham sendirilah yerr.. Anda perlu tahu krn bila pasangan wanitamu telah tiba “waktunya”, emosinya xberapa nk stabil dan suka marah2 atau naik hangin walaupun hal kecil... Jadi bila anda tahu waktu khasnya, maka bila dia marah2 xtentu pasal xlah anda syak bukan2 krn anda tahu masa2 macamtu emosi sidia tidak stabil...Kire mcm bertukar jd naga tasik Chini
skjp..huhu~~ Si wanita pula jangan segan beritahu pasanganmu utk menglakkan salah faham.

8) Gunakan Kelebihan IT
-Sekarang zaman moden, macam2 jaringan komunikasi dan sosial seperti internet, facebook, dan sebagainya. xsalah anda berdua berbalas email atau chatting melalui intenet. Sesekali upload gambar kelakar atau romantik dan tag kan namanya atau anda tujukan video untuknya juga boleh. Sudah tentu sidia akan tersenyum lebar. Bagi yang tiada internet, hantarkan MMS bergambar padanya atau video mesej. Sekurangya terubat rindu dihati...ececeh..huhu=)

9) Bina Ikatan
-Bagi pasangan yang belum berkahwin dan sudah berpasangan bertahun lamanya, binalah ikatan pertunangan sekurang-kurangya. Dgn adanya ikatan tersebut sekurang-kurangnya anda dan pasangan anda telah mempunyai “tanda” dan sedikit sebanyak mempunyai tanggug jawab walaupun sedikit....

10) Jangan Terlalu Baik Dengan Temannya
- Walaupun niat anda baik berkawan dengan temannya dan untuk mengetahui tentang pasanganmu, namun ada hadnya.. Jangan selalu berhubungan dengan temannya utk mengetahui keadaan pasanganmu, bukan apa..jgn lak slh phm...takut2 ia mengundang perasaan cemburu dihati pasanganmu...

p/s Haa, inilah sedikit sebanyak tips yg aQ dpt kongsikan dgn kwn2 sume untuk memastikan hubungan berjalan baik. Walaupun kadangkala terdapat perselisihan faham, jgn giveup! try dl tips ni insyallah hbungan korang akan berpanjangan. Cube!! jgn xcube...rugiiiii....... selamat beramal kwn2 sume..hehe................................

Monday, May 16, 2011

Hari itu semakin hampir



Debaran kian kuat menghempas dada ini.. Makin difikirkan makin kecil rasanya diri ini.. YA ALLAH.. Kau kuatkanlah hambamu yang lemah ini.. Kau tabahkanlah hati ini.. Kau kuatkan lah Hati ini.. Aku hanya berserah kepada MU.. Aku percaya akan pertolongan MU.. Aku yakin Kau adalah segalanya..

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum hari itu menjelma. hari yang bakal mengubah hidup yang selama ini kosong dan terumbang ambing...terumbang ambing ker???hihi... Tatkala hari itu akan ada satu amanah dari Allah S.W.T yang harus dipikul dengan rasa penuh keimanan. Walau apa pun yang terjadi, semoga hari yang bakal menjelma akan mengukir sebuah taman yang indah untuk sama di imbau pada masa hadapan...Insya'allah..;)


Segalanya adalah bermula dari 2 hati yang ingin menjadi satu jiwa. Ingin sama melayari bahtera.. Ingin sama memiliki permata yang indah. Tahun demi tahun.. Bulan Demi bulan hari demi hari.. jam demi jam.. detik demi detik.. dan akan muncullah hari itu.. Bersedia atau tidak.. ianya tetap akan hadir...


Walau debaran semakin hebat.. Wajah ketenangan harus disuakan..Wajah harus indah bagai permata.. Genggaman harus yakin.. Pandangan harus tajam.. Senyuman harus selalu terukir di bibir...Insya'allah..huhu~


Semoga segalanya mendapat Rahmat dari ALLAH S.W.T.. Ameen..

Macam2 la...

Cube kwn2 tgk gambar ni...ishhh2..........................

Kita patut bersyukur sebab negara kita tak de yang macam ni.. Paling teruk pon Bas kokak tak de aircond.. Ataupun teksi sapu yang takde permit..hehe.....=p

Monday, May 9, 2011

…Monday blues

Hari ini dah 9 May…..Badan masih terasa letih..penat drive kereta xhilang lagi..Actually, sabtu n ahd aritu aQ bwk mak p menjemput …al-maklumla, gnila nasib jd anak bongsu..everythg bl nak kawen kene bt sendiri lor..huhu hanye aQ jela yg blh bwk mak aQ ke sane dan ke mari..huh! seyes, mcm kartun aku dlm 2 aritu…sungguh kepenatan! Klula time tu aQ ade power nak je aQ bwk mak aQ guna kipas doraemon tu senang ke sana sini..xpun wat mcm road runner running…hahaa…

Kalau minggu lepas destinasi kami ke Johor Bahru shj…tp minggu ni lebih hard aQ rs…Pagi sabtu aQ teman mak p antar sepupu bertunang di Taman Paya Emas, Melaka…Selesai mkn, destinasi seterusnye ke Alai, Crystal Bay n Umbai jemput kwn2 mak…Then, terus drive ke umah sedara mara di Teluk Kemang, Port Dickson, Rembau n Kuala Pilah. Lastly destinasi kami terus ke rumah adik beradik mak di Pahang n sampai umah pon dah lewat mlm... Pagi ahad destinasi pertama ke umah majlis kawen anak kawan rapat ayah di melaka. Selesai mkn terus ke rumah adik arwah ayah di Puchong. Then, umah adik bradik mak di Sungai Buloh dan Rawang. Selesai sume aQ cdg mmg nak balik awal…xmo ke mana2…tup2 aQ baru teringat aritu adlh 8 May is Mother’s Day…huhu~ ape lg aQ bwk mak ke KLCC n beli la somethg yg mmg mak dah lama idam2kan…aQ tau mmg dah lama mak harap..so, aQ trus beli n bt surprise to my emak..=) Gift dr aQ yg xseberapa tu khas utk ibuku yg dah byk berkorban utk kami sekeluarga… apepun, ari2 mmg ari kasih syg dgn my Emak..huhu…Love u Mak! Love u mosstt!!...............

aQ lihat jam dah kul 5.30 time tu…tup2 kak Rehan cal…time jwb phone mak aQ dah meleret senyum…sudah!!! Upe2nye kak aQ dah selamat tibe dari Perak (umah mertua) ape lg… mak suh aQ patah balik pergi ke rumah kakak…ats sbb nak tgk cucu kesayangan die…huhuu…layankan jela kerenah mak aQ ni…hihi=D sampai2 je umah kak Rehan…Luqmanul Hakim baru sudah mandi…tapi xdan nak pakai baju, die dah angkat tangn ke arah nenek die…walhal nenek die baru je sampai muka pintu…xsempat lg kak rehan nak bukak pintu si kecik tu dah riuh2 suara n angkat tgn die…hurmmm, sah la anak buah aQ ni upenye demam sbb rindu nenek die…hihii…maunye xrindu…dah 7 bln my mum jaga, trus mak ayh Luqman amik n hantar ke pengasuh….sianla dua insan ni…saling merindui……ape2pun, Makcu tau, Luqmanul Hakim sgt2 syg ngan nenek ...nenek xsama ngan nenek Mia(pengasuh)!kan Luqmanul Hakim..kan..kan..kan…..hehe…



4th month
(Dah pandai pgg botol cucu sendiri)



5th Month
(Suke sgt pgg Hp n capture pic sendiri..huhu~)



6th month
(suke nenek die kendong dr org lain...xmo turun2..manja!)



7th month
(Suke sgt2 merayau2 dgn 'kerete kebalnya'..=D)