Monday, November 24, 2014

Alfatihah

Dalam kenangan...
7 Mac 1979 - 31 Oktober 2014

Ya Allah, ampunilah kakakku Mardhiah, naikkanlah darjatnya di antara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya di dalamnya.

Aamiin........


#Teruskanlah berbuat baik, berkata baik, memberi nasihat yang baik...walaupun tidak ramai orang mengenalimu, cukuplah Allah mengenalimu lebih daripada yang lain... Jadilah seperti jantung yang tidak terlihat tetapi terus berdenyut setiap saat hingga membuat kita terus hidup menjelang akhir hayat...

1 comment:

Julia Johari said...

Kak ju baru terbaca entry siti ni, terasa sangat di sanubari bila kehilangan kakak kandung tersayang, semoga Allah senantiasa merahmati arwah dan mekar mewangi bila bertemu di padang masyar nanti...

Mati itu pasti, yang hidup kena teruskan perjuangan dan amalan.