Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Wednesday, October 9, 2013

Ku Simpan Rasa

KU SIMPAN RASA (karya Dr MAZA)

Kadang-kala,
ku simpan perkataan tidak dapat ku luahkan
kerna menjaga perasaan insan kalimat-kalimatku tersangkut bahasaku direbut
aku berlidah petah tapi bisu
aku bermadah tapi kelu
mengapa daku terbungkam?
Kerna.. agar tiada tangisan ataupun dendaman oleh perkataan

jika dilontarkan
enggan engkau yang terguris atau perasaanmu terhakis
sekalipun jantungku terhiris ku telan rasa yang berisi luka
lalu ku berikan diam atau senyuman
tapi…
di sebalik kepura-puraan menjaga perasaan
jiwaku menggelepar bergelora menuntut hak bersuara
ingin memberita apa yang ada dalam benaknya

jika kau tahu perkataan yang dibisu itu
jika kau faham apa yang ku diam
jika kau menelaah madah yang tidak ku luah...
kau akan tahu betapa benarnya aku..
kau akan perasan betapa daku telah berkorban
kau akan rasa betapa aku menyimpan derita
tapi..
ku pendam dan telan buat sekian
hanya kerna ingin menjaga perasaanmu
agar tidak terganggu sekalipun sengsara di dadaku telah pun tepu

cuma...
bila tiba masanya ketika rasa membuak duka tanpa bahasa
tanpa kata kan ku ubati luka dengan jalan yang tidak dijangka

Saturday, August 17, 2013

Rindu nak mai Langkawi....

YES I AM!!!! rasa rindu sgt nak p langkawi.... tempat ulang-aling sepanjang PJJ dgn husband... asal weekend je..... saya 'terbang' ke pulau mahsuri tu....huhu... ada byk ceritera yang tak dapat dilupakan....

Teringat ayat si suami..."siapa kata Langkawi tak best..." hahaaa...ayat dia duk perli2 isteri bila ajak mai pindah ke langkawi....huhu...xpela abg, di kota sudah kita ni haa........... xpayah duk perli2 lagi ye..hahaa....

ohinciksuami..... jomkitaplangkawimandiairterjun..=)

zaman dating...hehe......
✿(◠‿◠)✿ Senyum..senyum yang berbunga-bunga! ✿(◠‿◠)✿




Salam Syawal

ayah, nurul fatihah & ibu


Sempena Syawal yang mulia ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan “kullu ’aam wa antum bikhair.”
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon ampun dan maaf jikalau ada yang terguris, terasa hati, terkasar bahasa & segala kekhilafan sama ada yang sedari mahupun yang kami tidak sedari...  
Semoga kita terus menjadi hamba Ilahi yang diredhai...=)

Friday, May 17, 2013

Isteri pendam perasaan demi rumah tangga

Salam readers.. Hi =)
Hari ini saya nak berkongsi sesuatu yang mungkin boleh dijadikan pedoman buat diri sendiri dan pembaca2 "Sesegar Nailofar"..

Selamat membaca dan selamat beramal...;)



BERKORBAN apa saja...harta ataupun nyawa... itulah kasih mesra.. sejati dan mulia...”
Itu antara bait lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan sehingga kini, ia masih lagi segar di minda dan boleh lagi diingati oleh peminat pelakon lagenda ini. Bait lagu yang merdu itu jika dihayati mampu meninggalkan kesan yang mendalam dan memberi pengajaran terutama kepada pasangan suami isteri kerana jelas menunjukkan pengorbanan tidak ternilai daripada pelbagai segi dalam menempuh alam perkahwinan yang penuh pancaroba ini.

Aura yang dibawa P Ramlee juga membangkitkan perasaan untuk saling tolong menolong antara suami isteri demi mencapai kebahagiaan yang diinginkan sepanjang hayat. Perkahwinan bukanlah untuk hidup bersama saja, namun setiap perkara yang berlaku perlu DIKONGSI demi keutuhan rumahtangga.
Ketika zaman ibu bapa kita dulu, bapa dilihat lebih banyak berkorban untuk menyara anak dan isteri manakala ibu pula menggalas tugas dengan menguruskan makan minum di rumah. Suami akan keluar mencari rezeki untuk membesarkan anak, menyediakan wang persekolahan dan sebagainya.

Lebih mengharukan, sebilangan suami pada zaman itu sanggup menyerahkan gaji bulanannya untuk isteri memandangkan mereka lebih bijak menguruskan perbelanjaan rumah tangga. Cukup atau tidak wang itu, isteri perlu membahagikan untuk keperluan dapur dengan perbelanjaan sekolah dan sebagainya. Jelas menunjukkan suami tidak culas menghulurkan sebahagian besar gajinya. BERKAT HIDUP SALING BERPAKAT DAN BERTOLAK ANSUR ini dengan gaji yang tidak sebesar mana, ada juga yang mampu membuat tabungan demi masa depan keluarga... namun masih ada isteri yang tidak dibenarkan melihat slip gaji si suami dek kerana ditakuti si isteri akan minta lebih...Sepatutnya perasaan tersebut tidak perlu ada pada si suami.. Jika ada perasaan tersebut bererti anda tidak pernah menganggap gadis yang anda kahwini sebagai seorang isteri.

Namun, senario suami isteri bekerja, sekarang adalah lumrah dalam masyarakat moden. Isteri dilihat mampu meringankan beban kewangan suami, sesuai dengan tuntutan keperluan yang semakin meningkat. Namun harus diingatkan wang gaji isteri sepatutnya digunakan sekadar untuk menampung dan bukannya menanggung keseluruhan perbelanjaan rumahtangga.Tidak dinafikan, apabila isteri sudi menghulurkan bantuan meringankan beban, ada segelintir suami yang sudah mula berada dalam zon selesa kerana tidak perlu bersusah-payah dan lebih teruk mereka melepaskan sepenuhnya tanggungjawab kepada isteri. Apabila terjadi perkara begini, isteri perlu menanganinya dengan segera.

Jika keadaan menjadi semakin teruk, Islam membenarkan isteri untuk mengambil harta suami tanpa pengetahuan suami, tetapi hanya sekadar memenuhi keperluan isteri, anak serta pembantu, jika ada. Jika ia dikesan oleh suami dan menimbulkan pergaduhan, isteri boleh memaksa suami memberikan nafkah melalui perintah Mahkamah Syariah.


Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda yang bermaksud “Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluan dengan cara yang makruf.” (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari).

Beberapa kisah yang mungkin boleh diambil pedoman....


Bagi seorang wanita bekerjaya, Linda, 35, (bukan nama sebenar), 10 tahun hidup bersama orang yang paling dicintainya, beliau tidak pernah merasai suaminya seorang yang bersifat pemurah dan sanggup berkorban untuk dirinya semata-mata. Katanya, walaupun beliau mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang agak tinggi, namun beliau juga teringin untuk merasai nikmat suami menghulurkan nafkah kepadanya walaupun jumlah yang diberikan adalah sedikit.

“Saya tidak pernah berkira sangat kerana tidak mahu rumah tangga yang dibina berkecai begitu saja kerana persoalkan sikap kedekutnya. Bayangkanlah, selama ini suami saya tidak pernah membelikan sehelai baju sebagai hadiah kerana dia tahu saya mampu untuk membelinya sendiri. Bila tiba Aidilfitri, dia beri duit untuk beli keperluan anak, tapi jumlahnya tidak pernah mencukupi dan saya terpaksa menampung semua perbelanjaan berkenaan. Dia hanya lebihkan keluarganya saja. Saya faham dia masih ada ibu dan seorang adik kurang upaya (OKU) yang terpaksa dijaga. Namun, biarlah adil dengan anak dan isterinya juga,” katanya yang sering berkecil hati dengan perangai suaminya itu.


Linda berkata sehingga sekarang, suaminya tidak pernah membangkitkan untuk membeli rumah sendiri kerana sudah selesa tinggal di rumah ibunya walaupun kini sudah mempunyai tiga anak,” katanya. Tambahnya lagi, banyak lagi keperluan asas yang belum dipenuhi, kereta yang ada tidak mampu lagi memuatkan jumlah keluarganya yang ramai termasuk ibu dan adiknya. Disebabkan terlalu tertekan dan sering didesak suaminya menukarkan kereta lebih besar, akhirnya Linda sendiri yang mengeluarkan wang sakunya untuk membeli kereta baru.

“Malah, jika saya ke luar negara tidak pernah lupa beli hadiah istimewa, tapi bila dia pergi ke luar negara, jarang beli barang mahal kecuali kemeja-T saja. Saya terpaksa pendamkan perasaan itu kerana tidak mahu kerana sifat kedekut suami, rumah tangga kami menjadi porak-peranda. Biarlah selagi saya mampu menggunakan duit sendiri untuk berbelanja,” katanya.

Menerima nasib sama, Aisyah, 30, (bukan nama sebenar), suaminya sering memberi alasan tidak mempunyai wang yang mencukupi kerana perlu membayar ansuran rumah dan juga keretanya, sedangkan beliau juga mempunyai tanggungan sama membayar kereta dan rumah. Katanya, beliau pernah bersuara kepada suaminya untuk menguruskan wang gajinya, namun ditolak dengan alasan tahu menguruskan sendiri. Malangnya suaminya tidak pernah jujur, malah sering mengatakan tidak mempunyai duit dan sering sorok pendapatannya.

“Saya fikir, bila kita sepakat menguruskan semua gaji secara bersama, hidup tidak akan susah kerana kita saling bekerjasama. Tapi yang dia tahu hanya bayar sewa rumah yang kami duduk sekarang, yang lain dia tak ambil peduli. Dengan anak juga terlalu berkira. Takut sangat duitnya habis bila keluar dengan kami. Lebih menyedihkan ketika bersalin hampir semua bayaran hospital, upah bidan dan keperluan bayi disediakan olehnya. Setiap kali minta duit daripada suami, alasannya dia tidak mempunyai wang. Sakit hati bila fikirkan semua itu, tapi disebabkan tak mahu bergaduh, saya terpaksa bersabar lebih-lebih lagi ketika berpantang,” kata ibu seorang anak ini,” katanya yang bosan dengan sikap kedekut melampau suaminya itu.

Beliau berkata, sehingga ini tiada jalan penyelesaian terhadap suaminya yang suka menyimpan gajinya dan tidak berterus terang.

p/s "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...." bertindaklah dan berfikirlah dengan bijak in sya Allah duit berkat keluarga aman...Renung2kan....=)

Wednesday, March 6, 2013

Tanjoubi omedetou!

~06th March~

Happy Birthday to my other half, a man whom is so dear to my heart, my best friend and my soul mate.

I always pray for his happiness in this world and in hereafter... May Allah bless him with countless blessings. Ameen...

I realize that I didn't write much about my husband in this blog before. To somebody who knows my hubby well, he is known as a gentle and kindhearted person who will easily forgive others and forget about it. Perlu ke ni puji suami sendiri hahah... ^__^... xpelah, janji saya ikhlas puji suami sendiri...huhu... That's what I really think of him... He taught me, among so many other things, the true meaning of forgiveness and to let go of the past.

All I can say, I'm blessed to share my life with him...

Btw, he hardly read my blog... hahaa...tapi kalau abg dah terbaca....lagu ni khas untuk abg...=)


Tuesday, March 5, 2013

Sesi release tension..jom! jom!



To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :) Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~

hehe=))

Monday, March 4, 2013

No Words...Just smile & see...;)



Garam....secukup rasa


Apa yg secukup rasa tu??? hehe...mesti tu ayat pertama korang bila baca entri kali ni kan...;)

Apepun, ini bukan entri main masak2 ye...huhu...

Sebenarnya saya ingin berkongsi kegembiraan saya bersama rakan2 blogger yang lain...
Alhamdulilah, setelah hampir dua tahun usia perkahwinan, akhirnya en. suami diberi kesempatan untuk berpindah dan merasai nikmat berkeluarga seperti pasangan2 yang lain. Mungkin ini rezeki kami kali ni setelah berusaha sedaya upaya untuk menjadikan impian kami ni satu kenyataan. Hati isteri mana yang tak melonjak kegembiraan bila dapat tahu suaminya berjaya bertukar dan bakal tinggal sebumbung bersama anak dan suami. COMPLETE sudaaa....

Inilah hadiah kedua yang paling terindah selepas kami dikurniakan Nurul Fatihah. Bila saya dapat tahu je berita yang tidak disangka2 tu seolah-olah hilang segala masalah dan terjawab sudah teka teki. Mana tidaknya....if en. suami tak dapat pindah hingga genap dua tahun usia perkahwinan kami, maka sayalah yang akan berpindah ke sana..huhu...=) Saya dah janji dengan en.suami dari mula2 kahwin dulu...Biasalah, dalam rumah tangga selain perlu ada kesabaran, pengorbanan juga kadang-kadang perlu demi kebahagian keluarga tercinta. ^__^ Akhirnya, terjawab sudah.... rezeki saya masih lagi di sini...huhu...In sya Allah, awal bulan 5 ni impian bakal menjadi kenyataan... Welcome home abang...dan selamat menempuh alam "jemmed" hahaaaaa.......;) kalau ada rezeki terjelepuk, ada la nanti versys 1 kat depan umah tu nanti key...:)


Bila dah dapat pindah ni, of course la kawan2 ajak ++ umat rasullullah....tapi kami dah decide nak beri kasih sayang cukup2 dulu pada Nurul Fatihah dan apa jua yang kami dah banyak skip untuk dia. kesian kat si kecik tu... tapi mak saya kata Nurul Fatihah memang budak yang berdikari...alhamdulillah..=) Apapun, ucapan jutaan terima kasih buat korang semua dan keluarga yang telah banyak berdoa untuk kebahagian kami... Mudah2an bertambah2 rezeki mereka2 yang mulia hatinya...=) ameen..


11 bulan usia anak ibu bila ayah dapat tukar.... dah semakin rancak berjalan. pasni bolehla ibu dan ayah main kejar2 dengan fatihah ...=)

p/s: buat kawan2 yang kurang bernasib baik...saya memahami perasaan korang... apa yang penting jangan berhenti berdoa. Mudah2an jalan yang mudah bakal dikurniakan dariNya. ameen...

Thursday, January 17, 2013

KONSISTEN oh KONSISTEN

Ya, saya memang sangat gagal bila tiba bab perlu konsisten. Tak kisahlah, apa benda pon, tulis blog KE, amik gambar ke, update FB ke, menjaga muka ke, malah sampai beribadah pon tak berapa nak konsisten. So, how maa? haiyaa....

Saya sangat rindu berblogging seperti biasanya pun. Kebanyakkan benda kalau kita rehat lama sangat, nanti sangatlah susah nak rajin balik, nak dapat idea menulis tu. Kalau dulu, sampai 2-3 blog post nak buat dalam satu hari. Sekarang ni, err sebulan baru satu....kadang2 xdak langsung. Saya sangat kagum dengan mereka yang mampu kekalkan prestasi blogging mereka... terBAIKlah korang!!!=)

Macam biasa... Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jalan itu adalah jalan menuju kejayaan. Kejayaan itulah menjamin kehidupan yang bahagia dan bahagia itulah yang diimpikan semua orang. Jadi.. di manakah hendak ku cari kemahuan? Ha, itulah yang menjadi persoalannya. Jika bisa dibeli, sudah kuborong kemahuan sampai dah banyak sangat dah xtau nak letak mana leh bagi free kat orang...hehe sape nak??sape nak??? ;))

So, saya rasa mcm nak berhijrah kpd lebih rajin dan konsistenla... berhijrah..berhijrah...berhijrah... boleh ke x ni???huhuhu....xpe siti...xpe siti..kita try dulu...Okay, so tu jelah nak membebel sekarang. This is me trying to update my blog again, and hopefully this time consistently...
HOPE FULL FULL FULLY!!! =_____=