Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Kalimah apa lagi yang
lebih baik berbanding Alhamdulillah untuk melahirkan syukur kami atas anugerah
pertama ini...syukur alhamdulillah seorang bidadari dari syurga...;)
Lebih istimewa, mendapat
sentuhan dan sokongan moral yang cukup berharga daripada suami tercinta. beliau
setia di sisi saat diri ini bertarung nyawa, mengusap dengan kata-kata
motivasi, belaian dan ciuman dari suami tercinta...suamiku sgt membantu
meniupkan tenaga selepas segala pergantungan diserahkan kepada ALLAH
SWT....Terima-kasih cik abang sayang, really love u fillah...^_^
Ketika melalui tempoh
contraction yang memakan masa 7 jam lebih (11 mlm hingga 6.26 pagi), diri ini sering terbayangkan derita
saudara-saudara kita di Palestin yang terkena fosforus, serpihan peluru dan
sebagainya...Bayangkan fosforus yang menembusi kulit akan membakar organ dalaman
dengan dahsyatnya. Bagaimana seorang kanak-kanak kecil menghadapinya? Ya
Allah!!!
Err, jangan pula ada muslimah yang takut nak bersalin pula
lepas ni:) Nikmatilah saat-saat indah dihapuskan segala dosa ketika jihad
bersalin. Dengarkan irama tangisan bayi yang kau kandung selama 9 bulan, ia
sangat membahagiakan....
Kini anak ibu dah sebulan lebih (48 hari)..berat pun dah bertambah...xsangka anak ibu berat semakin bertambah dah 4.3kg dan panjang pun dah 57cm..satu pertumbuhan yg baik...Alhamdulillah..=) ibu dan ayah sgt gembira dgn kehadiranmu...
Marhaban duhai sayangku Nurul Fatihah...=__=
No comments:
Post a Comment