Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Wednesday, June 22, 2011

'KelaK'

Kepadamu yg menjadi pendampingku...
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih..
Padahal kamu begitu tahu, aQ hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.
Kerananya ku ingin kamu tahu, aQ bukan wanita yang sempurna, aQ begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah..

Kepadamu yang memilihku..
aQ tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aQ akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aQ dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku...

Duhai kau yang telah memilihku...
Ingatlah, tak selamanya aQ akn cantik di matamu, ada kalanya aQ akan begitu kusam dan hodoh.
Mungkin kerana aQ begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti Insya’Allah... atau kerana seharian aQ harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai...
Maka mungkin aQ tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja...
Kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aQ tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi krna semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aQ tak sedetikpun tertidur krna harus menjaga anak kecil kita yang sedang sakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami...
Maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku...
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis, bukan kerana aQ membangkang padamu, tapi aQ hanya wanita biasa, aQ juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aQ tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
Maka bersabarlah...yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
Ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.
Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aQ akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aQ akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku...
Ketahuilah, aQ tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arahNya, walau kadang aQ begitu bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dlm amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aQ tetap bersatu di dlmnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput... Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Krna satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aQ lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aQ, dengan apa adanya aQ..
Jangan berharap aQ menjadi wanita sempurna..
Maafkan aQ kerana aQ bukan puteri..
aQ hanya wanita biasa..

No comments: