Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Monday, May 10, 2010

Dari Rak Buku.........


Sinopsis Belakang Buku...

SESEGAR NAILOFAR

Menjadi siswa menuntut upaya ilmu. Upaya kepimpinan. Upaya iltizam, intelek, sabar cekal kental.

Iqbal siswa tahun akhir, merenangi laut duga di bumi Isra' bersama sekalian rafik-Syahid penuh wibawa, Hamizan si tukang masak, Widya si teguh prinsip, Nur Hazwani penyokong yang lembut, dan Icha yang memahami, serta Aiman pejuang Palestin yang sentiasa diburu ancaman.

Sibuk mendepani imtihan, dipasung rindu resah kepada Salsabila yang jauh, disakat oleh pengagum yang tak pernah alah mengacah lewat selindung e-mel, Iqbal ditahan, disoal siasat atas nama jihad.

Sesegar kuntuman nailofar diapung air, Iqbal tidak pernah layu oleh gelombang ganas walau atma jadi taruhan.

Resensi...

Sesegar Nailofar... Kisah perjalanan Iqbal siswa Malaysia tahun akhir di Universiti Yarmouk, Jordan yang tabah menghadapi ujian-ujian diterimanya sebelum menghadapi peperiksaan akhir.

Iqbal bersama Syahid, Hamizan dan Aiman pejuang muda dari Palestin bersama-sama mengharungi dugaan hidup di negara orang. Malah, persabahatan antara mereka kian hari kian utuh.

Iqbah merupakan setiausaha agung PERMAI membantu Syahid selaku ketua PERMAI bersama-sama menjaga kebajikan pelajar-pelajar Malaysia disana. Beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir berlangsung kewibawaan Iqbal dan Syahid diuji apabila seorang siswi hilang. Dia dan Syahid dipersalahkan dan dituduh tidak ambil endah akan kehilangan siswi tersebut.

Iqbal juga sering melayan rasa gundah di hati apabila kekasihnya di Malaysia, Salsabila sudah tidak mengirim khabar berita. Dalam masa yang sama dia sering menerima e-mail dari peminat misteri seorang gadis yang menggelarkan dirinya sebagai nailofar sejenis bunga yang tumbuh diatas air... seperti lily dan teratai. Malah, disebelah sisi lain hadir pula Nur Hawani yang meminati Iqbal dalam diam.

Ketika dia sibuk untuk menghadapi peperiksaan, jiwanya sering diamuk rasa rindu pada Salsabila. Juga rasa sangsi akan kesetiaan gadisnya itu.

Namun, ujian paling getir yang terpaksa dilaluinya, apabila dia ditahan dan dipenjarakan kerana melindungi pejuang HAMAS, Amjad iaitu sepupu kepada Aiman beberapa hari sebelum peperiksaan akhir. Iqbal bertawakal dan yakin Allah sentiasa ada di pihak yang benar. Dia kemudian dibebaskan dengan bantuan Dr. Abdul Settar dan berjaya dalam peperiksaannya.

Namun, ujian Allah sentiasa mengekorinya. Dia sekali lagi diuji apabila menerima berita gadis yang dirinduinya akan menjadi milik jejaka lain...

No comments: