Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Saturday, August 17, 2013

Salam Syawal

ayah, nurul fatihah & ibu


Sempena Syawal yang mulia ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan “kullu ’aam wa antum bikhair.”
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon ampun dan maaf jikalau ada yang terguris, terasa hati, terkasar bahasa & segala kekhilafan sama ada yang sedari mahupun yang kami tidak sedari...  
Semoga kita terus menjadi hamba Ilahi yang diredhai...=)

Friday, May 17, 2013

Isteri pendam perasaan demi rumah tangga

Salam readers.. Hi =)
Hari ini saya nak berkongsi sesuatu yang mungkin boleh dijadikan pedoman buat diri sendiri dan pembaca2 "Sesegar Nailofar"..

Selamat membaca dan selamat beramal...;)



BERKORBAN apa saja...harta ataupun nyawa... itulah kasih mesra.. sejati dan mulia...”
Itu antara bait lagu yang dinyanyikan oleh Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan sehingga kini, ia masih lagi segar di minda dan boleh lagi diingati oleh peminat pelakon lagenda ini. Bait lagu yang merdu itu jika dihayati mampu meninggalkan kesan yang mendalam dan memberi pengajaran terutama kepada pasangan suami isteri kerana jelas menunjukkan pengorbanan tidak ternilai daripada pelbagai segi dalam menempuh alam perkahwinan yang penuh pancaroba ini.

Aura yang dibawa P Ramlee juga membangkitkan perasaan untuk saling tolong menolong antara suami isteri demi mencapai kebahagiaan yang diinginkan sepanjang hayat. Perkahwinan bukanlah untuk hidup bersama saja, namun setiap perkara yang berlaku perlu DIKONGSI demi keutuhan rumahtangga.
Ketika zaman ibu bapa kita dulu, bapa dilihat lebih banyak berkorban untuk menyara anak dan isteri manakala ibu pula menggalas tugas dengan menguruskan makan minum di rumah. Suami akan keluar mencari rezeki untuk membesarkan anak, menyediakan wang persekolahan dan sebagainya.

Lebih mengharukan, sebilangan suami pada zaman itu sanggup menyerahkan gaji bulanannya untuk isteri memandangkan mereka lebih bijak menguruskan perbelanjaan rumah tangga. Cukup atau tidak wang itu, isteri perlu membahagikan untuk keperluan dapur dengan perbelanjaan sekolah dan sebagainya. Jelas menunjukkan suami tidak culas menghulurkan sebahagian besar gajinya. BERKAT HIDUP SALING BERPAKAT DAN BERTOLAK ANSUR ini dengan gaji yang tidak sebesar mana, ada juga yang mampu membuat tabungan demi masa depan keluarga... namun masih ada isteri yang tidak dibenarkan melihat slip gaji si suami dek kerana ditakuti si isteri akan minta lebih...Sepatutnya perasaan tersebut tidak perlu ada pada si suami.. Jika ada perasaan tersebut bererti anda tidak pernah menganggap gadis yang anda kahwini sebagai seorang isteri.

Namun, senario suami isteri bekerja, sekarang adalah lumrah dalam masyarakat moden. Isteri dilihat mampu meringankan beban kewangan suami, sesuai dengan tuntutan keperluan yang semakin meningkat. Namun harus diingatkan wang gaji isteri sepatutnya digunakan sekadar untuk menampung dan bukannya menanggung keseluruhan perbelanjaan rumahtangga.Tidak dinafikan, apabila isteri sudi menghulurkan bantuan meringankan beban, ada segelintir suami yang sudah mula berada dalam zon selesa kerana tidak perlu bersusah-payah dan lebih teruk mereka melepaskan sepenuhnya tanggungjawab kepada isteri. Apabila terjadi perkara begini, isteri perlu menanganinya dengan segera.

Jika keadaan menjadi semakin teruk, Islam membenarkan isteri untuk mengambil harta suami tanpa pengetahuan suami, tetapi hanya sekadar memenuhi keperluan isteri, anak serta pembantu, jika ada. Jika ia dikesan oleh suami dan menimbulkan pergaduhan, isteri boleh memaksa suami memberikan nafkah melalui perintah Mahkamah Syariah.


Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda yang bermaksud “Tidak mengapa engkau mengambil sekadar keperluan dengan cara yang makruf.” (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari).

Beberapa kisah yang mungkin boleh diambil pedoman....


Bagi seorang wanita bekerjaya, Linda, 35, (bukan nama sebenar), 10 tahun hidup bersama orang yang paling dicintainya, beliau tidak pernah merasai suaminya seorang yang bersifat pemurah dan sanggup berkorban untuk dirinya semata-mata. Katanya, walaupun beliau mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang agak tinggi, namun beliau juga teringin untuk merasai nikmat suami menghulurkan nafkah kepadanya walaupun jumlah yang diberikan adalah sedikit.

“Saya tidak pernah berkira sangat kerana tidak mahu rumah tangga yang dibina berkecai begitu saja kerana persoalkan sikap kedekutnya. Bayangkanlah, selama ini suami saya tidak pernah membelikan sehelai baju sebagai hadiah kerana dia tahu saya mampu untuk membelinya sendiri. Bila tiba Aidilfitri, dia beri duit untuk beli keperluan anak, tapi jumlahnya tidak pernah mencukupi dan saya terpaksa menampung semua perbelanjaan berkenaan. Dia hanya lebihkan keluarganya saja. Saya faham dia masih ada ibu dan seorang adik kurang upaya (OKU) yang terpaksa dijaga. Namun, biarlah adil dengan anak dan isterinya juga,” katanya yang sering berkecil hati dengan perangai suaminya itu.


Linda berkata sehingga sekarang, suaminya tidak pernah membangkitkan untuk membeli rumah sendiri kerana sudah selesa tinggal di rumah ibunya walaupun kini sudah mempunyai tiga anak,” katanya. Tambahnya lagi, banyak lagi keperluan asas yang belum dipenuhi, kereta yang ada tidak mampu lagi memuatkan jumlah keluarganya yang ramai termasuk ibu dan adiknya. Disebabkan terlalu tertekan dan sering didesak suaminya menukarkan kereta lebih besar, akhirnya Linda sendiri yang mengeluarkan wang sakunya untuk membeli kereta baru.

“Malah, jika saya ke luar negara tidak pernah lupa beli hadiah istimewa, tapi bila dia pergi ke luar negara, jarang beli barang mahal kecuali kemeja-T saja. Saya terpaksa pendamkan perasaan itu kerana tidak mahu kerana sifat kedekut suami, rumah tangga kami menjadi porak-peranda. Biarlah selagi saya mampu menggunakan duit sendiri untuk berbelanja,” katanya.

Menerima nasib sama, Aisyah, 30, (bukan nama sebenar), suaminya sering memberi alasan tidak mempunyai wang yang mencukupi kerana perlu membayar ansuran rumah dan juga keretanya, sedangkan beliau juga mempunyai tanggungan sama membayar kereta dan rumah. Katanya, beliau pernah bersuara kepada suaminya untuk menguruskan wang gajinya, namun ditolak dengan alasan tahu menguruskan sendiri. Malangnya suaminya tidak pernah jujur, malah sering mengatakan tidak mempunyai duit dan sering sorok pendapatannya.

“Saya fikir, bila kita sepakat menguruskan semua gaji secara bersama, hidup tidak akan susah kerana kita saling bekerjasama. Tapi yang dia tahu hanya bayar sewa rumah yang kami duduk sekarang, yang lain dia tak ambil peduli. Dengan anak juga terlalu berkira. Takut sangat duitnya habis bila keluar dengan kami. Lebih menyedihkan ketika bersalin hampir semua bayaran hospital, upah bidan dan keperluan bayi disediakan olehnya. Setiap kali minta duit daripada suami, alasannya dia tidak mempunyai wang. Sakit hati bila fikirkan semua itu, tapi disebabkan tak mahu bergaduh, saya terpaksa bersabar lebih-lebih lagi ketika berpantang,” kata ibu seorang anak ini,” katanya yang bosan dengan sikap kedekut melampau suaminya itu.

Beliau berkata, sehingga ini tiada jalan penyelesaian terhadap suaminya yang suka menyimpan gajinya dan tidak berterus terang.

p/s "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna...." bertindaklah dan berfikirlah dengan bijak in sya Allah duit berkat keluarga aman...Renung2kan....=)

Wednesday, March 6, 2013

Tanjoubi omedetou!

~06th March~

Happy Birthday to my other half, a man whom is so dear to my heart, my best friend and my soul mate.

I always pray for his happiness in this world and in hereafter... May Allah bless him with countless blessings. Ameen...

I realize that I didn't write much about my husband in this blog before. To somebody who knows my hubby well, he is known as a gentle and kindhearted person who will easily forgive others and forget about it. Perlu ke ni puji suami sendiri hahah... ^__^... xpelah, janji saya ikhlas puji suami sendiri...huhu... That's what I really think of him... He taught me, among so many other things, the true meaning of forgiveness and to let go of the past.

All I can say, I'm blessed to share my life with him...

Btw, he hardly read my blog... hahaa...tapi kalau abg dah terbaca....lagu ni khas untuk abg...=)


Tuesday, March 5, 2013

Sesi release tension..jom! jom!



To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :) Selamat Mencuba!!
ni ala taichi sikit la… sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa..aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…
buat secara agresif pula… jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress…
pusingkan kepala…
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
akhir sekali buat joget kucing…
--------------
kalau tak hilang juga stress tu ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..
Sekian~

hehe=))