Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Friday, November 23, 2012

Keep Sharing!


  • Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
  • Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
  • Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
  • Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.. 
  • Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
  • Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
  • Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
  • Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
  • Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Wednesday, September 12, 2012

~ me dolu2 ~

tibe2 rindu zaman study dulu...bukan ape... rindu nak kembali ke "garisan" asal sebenarnye... I wish my dream come true...
hopefully............................................+_+

jalan2 di putrajaya dengan kwn 2005
ni masa konvo diploma dulu..tahun 2006
ni gambar dgn coursemate p jenjalan ke zoo melaka tahun 2007
           ni pula masa kami amali EIA (Environment Impact Assessment)di cameron Highlands tahun 2007
          ni masa buat projek tahun akhir degree (thesis) kat Petronas KLCC as a researcher (2008)
           perubahan yang sgt2 ketara...2007-2012 saya takmau nak komen...just see jelah ye...hehe....

                                                            and the latest..................................





scrooll pless









lagi

















lagi














dan lagi




















taraaaaa..............:D

peace!!!

Tuesday, August 14, 2012

Allah has a perfect plan for us





Allah never does it all at once, just step by step because he wants to teach us to walk by faith, not by sight.

Pesanan isteri ----> suami

"Wanita diciptakan dari rusuk lelaki, bukan atas kepala untuk dijunjung,
atau dari kakinya untuk dipijak, tapi dekat dengan bahu untuk untuk
dilindung dan dekat dengan hati untuk dikasihi."

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami yang perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Cubalah amalkan setakat yang termampu.
1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang keperluan yang suami perlu sediakan kepada isteri. contohnya, rumah, kereta, pakai, makan, dsb

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. Inila yang para suami sekarang selalu tak ambil berat dan pandang ringan. Jangan biarkan isteri anda kecewa dengan sikap anda. Silap2 haribulan si isteri takut nak mengandung lagi. Padan muka!

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak! Dah lah penat masak tahu?

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi segera saja. Tak tahu mana nak letak muka nanti. Dapat-dapat pula yang datang mulut macam longkang, boleh buat bernanah hati si isteri.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. Kalau tak sebab kamu, si isteri pun takkan jadi macam tu. Kan?

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut? Tapi kenapa sekarang main lepas ikut suka?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga atau hadiah. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya. Nak lebih romantik, hadiah kan sesuatu yang isteri tak jangka tanda anda menghargainya. Tak mahal pun tak apa, janji ia ikhlas dari hati anda. Sbb org perempuan ni mmg suka dihargai. Tak perlu mahal2. sekali sekala bawala isteri pergi makan luar. Percayalah! kaum isteri cukup pantang kalau suaminya kedekut atau berkira. Semakin anda berkira bertambah2 lah permintaannya sebab mindsetnya anda tidak jujur dengannya. Berikan kepercayaan kepada isteri anda. Tunjuk slip gaji, jumlah KWSP, apa saja yang anda ada... walaupun seposen dalam kocek. Kalau anda jujur dia tak akan minta berlebih2. Selagi anda tak dapat kepercayaan itu, selagi itu isteri akan terus meminta sebab isteri ni kemahuannya ialah "sama2 susah, sama2 senang" Berjayakah anda?Berusahalah!

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami ”degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong. Jangan sesekali kata tak ada duit, walhal anda sedang menipu isteri anda. Isteri minta RM50 suami kata tak ada atau rasa susah untuk beri, tapi benda lain boleh pula duit yang tak ada boleh jadi ada. Kalau itu berlaku, suami itu sendiri yang buat hidup rumahtangga mereka tak berkat. Renung2kanlah!

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, dah makan roti cuba tutup semula. Jangan bersepah2 barang. Simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/ menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. Selalunya suami tunjuk rajin jaga anak depan mak dia, depan bapa dia. Pendek kata menunjuk2 lah!

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah s.w.t berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Cuba bayangkan isteri anda pula yang berbuat macam tu? Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda yang buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Ini tak... ada gak suami yang tanya macam harimau. Macam nak makan bini sendiri je. Sian si isteri..Malang sungguh!

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali. INI KENYATAAN!

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok pun kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku pun ego bila dah mati nanti. Ini tak.. ada gak suami yang rasa diri dia tercabar bila isteri tak setuju itu ini. Konon tak rasa macam ketua keluarga. Kalau perkara ini terjadi kepada rumahtangga anda2 semua, maknanya anda berada di ambang kehancuran sebab anda hidup "megah". Isteri anda akan rasa tak selesa dalam rumahtangga seolah2 dia tak berguna. Wahai suami, silalah fikir dan pilih, isteri atau ego?

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri.

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni mudah sahaja. Kalau kita isteri semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Pesanan suami ----> isteri

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Lagu: Permata untuk Isteri oleh Kopratasa




p/s Rindu nak dengar abg nyanyi lagu ni utk sy.....;))

Wednesday, July 18, 2012

Cinta Selepas Kahwin...Siapa Kata Tak Boleh?

Sape kata bila dah jadi husband & wife kita x boleh ada feeling cam couple??? hehe...
Seharusnya  diterapkan rasa ingin bercinta bila dah berumahtangga.

Bila nak kuar, terfikir apa yang nak dipakai? Mesti kena lawa-lawa.
Nak makan kat mana?
Lepas habis makan nak pergi ke mana pula?

Jangan jadikan halangan bila dah berkahwin...
Jangan malu untuk berpegangan tangan bila melintas jalan...
berpegang bahu bila ingin menyatakan sesuatu...
Pasti rumahtangga akan bahagia...
Dan hubungan akan bertambah manis...
Inilah indahnya alam rumahtangga...=))

Berkongsi makanan...
Berkongsi cawan yang diminum, mungkin?
Cam kami ler...

Siapa kata kalau x bercinta, kita x boleh sefahaman bila berumahtangga?
Punca HATI...
Kita boleh didik hati kita.
Utk mencintai dan menyayangi pasangan kita.
Dan pastinya akan ada ganjaran pahala.

Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".

 Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi

Bitter, Sweet, Sour


Terasa syahdu bila diri mula keseorangan tiada insan tersayang di sisi. Tetapi setiap ujian yang Allah turunkan ada hikmah tersendiri. Barangkali Allah mahu menjadikan saya sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu yang kuat dan tabah. Saya percaya Allah menurunkan ujian pada hambanya sesuai dengan kemampuan yang dimiliki oleh hambanya di dunia. Mudah-mudahan dengan perpisahan untuk sementara waktu ini menguatkan lagi cinta dan hubungan antara kami suami isteri.

Bermacam-macam perkara yang kami lakukan supaya tidak terasa berjauhan. Mujurlah adanya kecanggihan teknologi masa kini membenarkan saya untuk sentiasa bertanya khabarnya di waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Walaupun sekejap mendengar suara sudah cukup melegakan hati. Jika ada waktu skype sudah tentu. Andai ada waktu terluang suami akan turun ke KL dan pulang ke Melaka utk bermanja bersama anak tercinta =)

Sungguh Allah benar-benar nak menguji hati dan jiwa ini berjauhan dengan suami saat kehamilan anakku yang sulung. Sebagai seorang isteri aku faham keadaan yang berlaku. Perlu ada  kepercayaan, bertolak ansur dan kesetiaan. Kata orang sayang anak tangan2 kan sayang isteri tinggal2 kan. Pemergiannya demi mencari rezeki dan bukan untuk sesiapa tetapi untuk diri ini dan anak kesayangan kami Nurul Fatihah. Oleh kerana itulah aku redha dengan situasi ini dan sentiasa mendoakan suami di bawah lindungan YANG MAHA ESA.. Insyaallah..

Sebenarnya saat berjauhan dengan suami memberi ruang pada diri untuk lebih dekat dengan Ilahi. Bukan bermakna bila bersama suami terasa jauh dengan Ya Rabbi, tetapi bila berjauhan itulah akan timbul rasa kesyukuran bila saat suami di sisi, terasa ingin selalu mendoakan si dia sihat sentiasa.

Hidup kita hanyalah sementara, hargai apa yang kita ada.. Bersyukurlah dengan nikmatnya.. Alhamdulilah
TQ ALLAH!

Wednesday, June 13, 2012

kOsOng

Tajuk entri kali ini dah boleh membayangkan bagaimana perasaan saya tatkala ini...
tak terucap dengan kata2...
mungkin ini semua ujian untuk mendidik hati mengharap kepada Allah...
Insya'Allah segalanya akan baik...ameen......

Thursday, May 31, 2012

~Mengertilah Sayang~

Duhai anakandaku Nurul Fatihah sayang...
kini usiamu sudah 2bln lebih....cepatnya masa berlalu...
sedar tak sedar usia perkahwinan ayah dan ibu juga sudah setahun sayang...

Anakandaku tersayang....
sepanjang usiamu ini...
penjaga setiamu adalah nenekmu...
ingatlah wahai puteriku...
ketika ibu dan ayahmu mencari rezeki membesarkanmu...
nenekmu telah bersusah membesarkanmu, melayan kerenahmu, berjaga di malam hari membancuh susu untukmu, memanjakanmu dengan penuh kasih sayang...
belaiannya tiada tolok banding...

Puteriku sayang...
tatkala dirimu membesar...
ibu dan ayah kurang berkesempatan untuk berada di sisimu...
komitmen mencari rezeki dan jarak antara ibu dan ayah memaksa keadaan jadi begini...
Insya-Allah ada hikmah di atas takdir yg ditetapkan ini....

Fatihahku sayang...
ibu dan ayah mohon maaf andai kurang kasih sayang untukmu...
ibu dan ayah mohon maaf andai tangis dan hati kecilmu tidak dimengerti...
ibu dan ayah mohon maaf andai perhatian terlalu kurang untukmu...

Permata hatiku Nurul Fatihah...
ketahuilah...
hakikatnya ibu dan ayah terlalu menyayangimu...
terlalu sukar ibu dan ayah lalui...
hanya ketabahan dan kesabaran penawar dihati...
agar dirimu mengerti...
inilah pengorbanan ibu dan ayah...
Nilailah ia sayang....dan
balaslah dengan kejayaanmu dunia dan akhirat...
hanya itu harapan ibu dan ayah....;)


" Ya Allah, engkau tambahkanlah kesabaran & kekuatan buat diri ku.. untuk terus melalui hari-hari mendatang demi rezeki yang telah engkau anugerahkan pada ku ini..ameen"

Wednesday, May 2, 2012

MARHABAN BIDADARI =)


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Kalimah apa lagi yang lebih baik berbanding Alhamdulillah untuk melahirkan syukur kami atas anugerah pertama ini...syukur alhamdulillah seorang bidadari dari syurga...;)


Lebih istimewa, mendapat sentuhan dan sokongan moral yang cukup berharga daripada suami tercinta. beliau setia di sisi saat diri ini bertarung nyawa, mengusap dengan kata-kata motivasi, belaian dan ciuman  dari suami tercinta...suamiku sgt membantu meniupkan tenaga selepas segala pergantungan diserahkan kepada ALLAH SWT....Terima-kasih cik abang sayang, really love u fillah...^_^

Ketika melalui tempoh contraction yang memakan masa 7 jam lebih (11 mlm hingga 6.26 pagi), diri ini sering terbayangkan derita saudara-saudara kita di Palestin yang terkena fosforus, serpihan peluru dan sebagainya...Bayangkan fosforus yang menembusi kulit akan membakar organ dalaman dengan dahsyatnya. Bagaimana seorang kanak-kanak kecil menghadapinya? Ya Allah!!!

Err, jangan pula ada muslimah yang takut nak bersalin pula lepas ni:) Nikmatilah saat-saat indah dihapuskan segala dosa ketika jihad bersalin. Dengarkan irama tangisan bayi yang kau kandung selama 9 bulan, ia sangat membahagiakan....

Kini anak ibu dah sebulan lebih (48 hari)..berat pun dah bertambah...xsangka anak ibu berat semakin bertambah dah 4.3kg dan panjang pun dah 57cm..satu pertumbuhan yg baik...Alhamdulillah..=) ibu dan ayah sgt gembira dgn kehadiranmu...
Marhaban duhai sayangku Nurul Fatihah...=__=

Wednesday, March 28, 2012

ANUGERAH DARI SYURGA....;)


SEGALA PUJI BAGI ALLAH...

Syukur Alhamdulillah....
Saya telah slamat melahirkan seorg cahaya mata amanah dariNya...=)


















~ 1st day


















~ 13rd days

~ Tanggal 16 Mac 2012 @ 09 Rabiulakhir 1433H
~ Jam 06.26 pagi
~ Jumaat
~ Berat 3.08kg
~ PPUKM@ MAWAR labor room
~ Normal deliver

Inilah raut wajah puteri kesayangan kami yg diberi nama....

NURUL FATIHAH BINTI AHMAD FAHMY yg bermakna CAHAYA PEMBUKAAN

SEMOGA NURUL FATIHAH MENJADI CAHAYA PEMBUKAAN YANG TERINDAH BUAT KAMI SEKELUARGA....

WEOLS LOVE U SO MUCH DEAR!!

Wednesday, January 18, 2012

You Took My Heart Away ♥


Pagi2 dah dpt vid di wall FB from my Lovely Husbe...

TQvM my Dear for the beautiful song....i like=))



"ONly the best and the fabolous for my lovely wife"




This song is dedicated to me from my Lovely Husband ......


AnD



"~You become the meaning of my life~ L.O.V.E u mosttt papito!!"




This song is dedicated to my Lovely Husband......






rama-rama cantik,

ikan keli panjang,

siti zubaidah cantik,

ahmad fahmy sayang......

tetttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt........hihihihi...;D