Cintaku terhadap Tuhan kerana aku ciptaan-Nya, Cintaku terhadap seseorang itu adalah perasaan yang diciptakan-Nya...
Monday, May 16, 2011
Hari itu semakin hampir
Debaran kian kuat menghempas dada ini.. Makin difikirkan makin kecil rasanya diri ini.. YA ALLAH.. Kau kuatkanlah hambamu yang lemah ini.. Kau tabahkanlah hati ini.. Kau kuatkan lah Hati ini.. Aku hanya berserah kepada MU.. Aku percaya akan pertolongan MU.. Aku yakin Kau adalah segalanya..
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum hari itu menjelma. hari yang bakal mengubah hidup yang selama ini kosong dan terumbang ambing...terumbang ambing ker???hihi... Tatkala hari itu akan ada satu amanah dari Allah S.W.T yang harus dipikul dengan rasa penuh keimanan. Walau apa pun yang terjadi, semoga hari yang bakal menjelma akan mengukir sebuah taman yang indah untuk sama di imbau pada masa hadapan...Insya'allah..;)
Segalanya adalah bermula dari 2 hati yang ingin menjadi satu jiwa. Ingin sama melayari bahtera.. Ingin sama memiliki permata yang indah. Tahun demi tahun.. Bulan Demi bulan hari demi hari.. jam demi jam.. detik demi detik.. dan akan muncullah hari itu.. Bersedia atau tidak.. ianya tetap akan hadir...
Walau debaran semakin hebat.. Wajah ketenangan harus disuakan..Wajah harus indah bagai permata.. Genggaman harus yakin.. Pandangan harus tajam.. Senyuman harus selalu terukir di bibir...Insya'allah..huhu~
Semoga segalanya mendapat Rahmat dari ALLAH S.W.T.. Ameen..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Alhamdulilah, Debaran yang di tunggu telah tiba. Moga hari bersejarah dik ct menjadi majlis gilang gemilang dan di restui oleh Allah SWT, aminnnnn :) moh kita turun Melaka sama-sama jom! ehehhe :))
Insya'Allah kak...=) moga2 diberkati olehNya...hati2 konvoi dgn bdk2 opis yee..;)smoga slamat tiba....
jadilah isteri yg solehah..ingat, sedikit sahaja ko salah, harus meminta maaf..sesungguhnya syurga telah bertukar ke tapak kaki suami..tapi janganlah lupa kpd ibu bapa kita juga..itu yg pastinya..
Insya'ALLAH...
Thanxs shahrul ats nasihat itu...tQsm!=)
Post a Comment