Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Premature Baby tickers

Thursday, November 24, 2011

I'm back!

Lama sudah aQ meninggalkan dunia blogger ni...lama ker??? hehe...

Mintak maafla kwn2...mmg xdan nak update..

Sejak mslh kesihatan yg bermula dr hujung ramadhan thn lepas hinggala masuk trus ke alam pekerjaan yg semakin bertambah2... mmg xdan nak update...

Alhamdulillah...kini sy semakin sihat..........

moga2 akan lebih sihat di hari2 mendatang.......dan sehinggalah saat itu............;))

Pray for me ya kawan2....^_^

Tuesday, August 9, 2011

HB to me!

Syukur Alhamdulillah....
o9 Ogos 2011, o9 Ramadhan 1432H genap sudah usiaku 26 tahun di atas muka bumi ini...=))


Hari Kejadian yg cukup bermakna dan sgt terindah krn aQ diberi peluang merasai hadiah kebahagian nikmat kurnian dariNya... Hadiah yg slama ini aQ dan my husbe nanti2kan...;) tiada hadiah yg lebih bermakna selain dr pemberian 'AmanahMu'....


Syukur Ya Rabb!

Wednesday, July 20, 2011

Dgn izinNya...

Alhamdulillah...I have been one of the biggest blessings Allah Al-Mighty has bestowed in my life..The memories mellowed lie an immortal part of our lives, as in it we tread a new path and seek a new beginning... huhu...;) even hampir 2 bln sudah usia perkahwinan kami...baru hari ini aQ dpt meneruskan al-kisah sesi 'suke suki' tatkala majlis kami berlangsung pd 27&28 Mei yg lalu...:)) Minta maaf ye kwn2....................^___^ Majlis akad nikah di rumah aQ di sebelah petg Jumaat iaitu selepas asar oleh abg kandungku... selesai akad, my husbe solat sunat dan kami bersalaman bersama keluarga kedua2 belah pihak....


**********************************


Selepas selesai majlis akad, di sebelah malamnya pula upacara malam berinai.. Ini mmg dah jd tradisi msyarakat melaka khususnya...majlis dimeriahkan lg dgn bunga api dan paluan kompang...cuma takde persembahan silat dan majlis berenjis coz mmg family aQ xpenah amalkan majlis berenjis ni sejak dari arwah ayah aQ ade lg...huhu....... Cuma sblm majlis ni, mmg ada majlis berzanji oleh kumpulan ibu2 di kampungku...termasuklah my EmaK! Kemudian, kami bersalaman bersama sanak saudara terdekat xpclly keluarga belah my husbe...:)



**************************************


Keesokan paginya adalah majlis resepsi kami... majlis dimulakan dgn maulid dari warga emas n kaum adam khususnya...ni la group yg ayah aQ dl2...Then, sesi tukar2 baju...syokkkkkkkkkk...;D



********************************

Outdoor kami d Pantai Tanjung Bidara....tmpt ni aQ yg pilih sbb aQ mmg sgt suke laut...;)
I love this man with all my heart, and it is with him only, that I wish to be with for the rest of my life..;)
My sincerest, most heartfelt gratitude to my Emak..
Thank you very much for always being there for me, for making sure everything went well... For always putting my needs above others, for looking into details others often overlooked...u r the meaning of love; limitless empathy and borderless compassion which knows no bounds. Your kindest of thoughts and gesture knows no limits, and thank you very2 much for all the things that you've sacrificed for me. I love u mom!
To my lovely family...

Our wedding would have never been how it was without all your ideas and efforts, n neither would it convey such meaning without your blessings. Thank you for always looking at the positive side of things, for always giving everyone the benefit of the doubt, but most entirely for always being so selfless for others rather than yourself. We love you so so much, and will forever be indebted to you. tQvM!!;D
Bangganya dah ade ayaH!! hehe;)
To my FIL, BILs, n SILs like my own siblings...
tQvM 4 ur time and commitment towards the realization of our wedding. Thank you for accepting me into your lives as naturally as I have yours into mine, for sharing us your laughter, warmth and company.

*****************************


To my extended family - aunts, uncles and cousins.
You are the backbone of the whole wedding meaningful, significant, sweet, wonderful and every bit a success story. You have been with me through trials and tribulations of the proceedings, catering n to every details...



******************************
Sist Ju & Aifa
Sist Hasnida & Sist Ekin Shahrul, Fai, Zaidi, Hazrul, Izwan, Fari, Noris, Hidayah, Aida
Saiful & his lovely wife, Ida Kynn, Ila, Hafizah, Baya, Faridah, n Hidayah (ter'miss' Biha, Nas, n Balkis)
Pasukan Wataniah Rejiman Batu Pahat, Johor. tQsm!!











My sincerest appreciation to everyone, family, relatives, n friend who've also lent a helping hand towards the wedding and passed warm wishes, whom are far too many for me to personally thank in this space.
**************************************


This was a wedding built on love, sailed on passion and insyaAllah left with deep humility and celebration....;^_______^ It was a sufficient dose of delivery and elaborateness, embedded with all the warmth and meaningfulness one could muster to receive. If thanks are the highest form of thought, and gratitude is happiness doubled by wonder - we wish everyone all the wonders and infinite happiness of the world.

From the bottom of our hearts - Thank you everyone, and thank you all!

*************************************************


p/s: To kwn2 yg hadir tp pic xde dlm entry ni sorry much2 more!! kehadiran anda semua sgt2 sy hargai....Love this moment!^_^

Monday, July 18, 2011

Al-Fatihah...


Siapa xkenal dgn Sri kandi ini...

MP Titiwangsa iaitu Dr Lo'Lo' Ghazali

Seorang wakil rakyat yg lantang bersuara di DR bagi mempertahankan hak pemilik dan pewaris tanah masyarakat jua penduduk warga Kg Baru dgn menolak RUU PPKB 2010 yg telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen ats sbb2 peruntukkan yg dikatakan memberi kepentingan kpd bdn2 NGO sdgkan Kg. Baru ini tlh ditadbir olh Malay Aggricultural Settlement slame 110 thn. Namun, beliau tlh disahkan meninggal dunia pd 17 Julai 2011, 10.15 p.m akibat kanser paru2 di Hospital Selayang. Justeru itu, bcaan kali kedua RUU PPKB 2010 tidak sempat dibentangkan dalam sesi Parlimen yang baru selesai...

Secara peribadi sy katakan beliau yg jg merupakan seorg Dr adlh salah seorg wakil rakyat wanita yg sgt berwibawa dan tegas dlm perkara2 yg melibatkan isu kemasyarakatan. Selama enam bulan sy ditugaskan di Bahagian Pembangkang, beliau sgt prihatin dan sgt berterus trg...sgala kenangan mkn bersama dan bercerita bersama beliau adlh saat2 manis yg sy xkan lupakan...

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....
Al-fatihah...

Monday, July 4, 2011

Oh Tuhan ajarkan aQ....


YA ALLAH...
tabahkanla hati aQ...kuatkan la semangat aQ...
dgn situasiku ini...
ajarkan aQ jd isteri yg sabar, berdikari, bertawakal jg berkeyakinan tinggi....
permudahkanlah Ya Allah utk kami 'bersama'
moga2 dugaan ini akan cepat berakhir...

adakala my husbe tanya...'Happy x kawen dgn abg?' 'sayang abg x?'

aQ hanya slalu senyum jek...mintak maaf byk2 abg... bukan 'terlalu mahal' utk sy jwb... tp dlm hati sy... hanya ALLAH yg MAHA MENGETAHUI...

bahagiakah sy dan sayangkah sy??? sume tu xde jwpnnye...sgala2nya tidak bersebab...
sesungguhnya perasaan yg dikurniakan ini melebihi segala2nya...;))

Wednesday, June 22, 2011

'KelaK'

Kepadamu yg menjadi pendampingku...
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kamu pilih..
Padahal kamu begitu tahu, aQ hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.
Kerananya ku ingin kamu tahu, aQ bukan wanita yang sempurna, aQ begitu banyak kekurangan.
Maka ketahuilah..

Kepadamu yang memilihku..
aQ tak sebijak Siti khadijah, kerananya ku ingin kamu tahu, aQ akan saja berbuat salah dan begitu menyedihkan.
Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aQ dengan hikmah, kerana bagiku kamulah pemimpinku...

Duhai kau yang telah memilihku...
Ingatlah, tak selamanya aQ akn cantik di matamu, ada kalanya aQ akan begitu kusam dan hodoh.
Mungkin kerana aQ begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kamu dan anak-anak kita nanti Insya’Allah... atau kerana seharian aQ harus meguruskan istana kecil kita, agar kamu dan anak kita dapat tinggal dengan nyaman dan damai...
Maka mungkin aQ tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja...
Kamu akan menemukanku tersengguk-sengguk saat mendengar keluhan dan ceritamu, bukan kerana aQ tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi krna semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aQ tak sedetikpun tertidur krna harus menjaga anak kecil kita yang sedang sakit, dan ku tau kamu letih mencari rezeki untuk kami...
Maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku...
Ketahuilah, aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis, bukan kerana aQ membangkang padamu, tapi aQ hanya wanita biasa, aQ juga perlu tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku, dan mungkin saat itu aQ tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
Maka bersabarlah...yang ku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..
Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..
Ada kalanya tanganku akan mencubit dan memukul penuh kasih sayang si kecil kerana lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya.
Sungguh bukan kerana ku ingin menyakitinya, tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.
Maka jangan memarahiku kerana telah menyakiti buah hati kita, tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku, kerana dengan itu ku tau kamu selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian, dan kamu akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada anak kita, dan aQ akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya, dan aQ akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku...
Ketahuilah, aQ tak secerdas Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arahNya, walau kadang aQ begitu bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku..
Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..
Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dlm amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya, agar kamu dan aQ tetap bersatu di dlmnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..
Seiring berjalannya waktu, kamu akan menemukan rambutku yang dulu hitam dan indah, akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kereput... Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu.. Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu.. Maka jangan pernah berpaling dariku.. Krna satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bertambah, iaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya, telah aQ lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..
Maka, cintailah aQ, dengan apa adanya aQ..
Jangan berharap aQ menjadi wanita sempurna..
Maafkan aQ kerana aQ bukan puteri..
aQ hanya wanita biasa..

Tuesday, June 14, 2011

Just Married!




Alhamdulillah... Setinggi-tinggi kesyukuran pada Yang Maha Esa...
Tanggal 27 Mei 2011/Jumaat bersamaan 24 Jamadilakhir 1432 H aQ sah bergelar isteri. Saat lafaz Qabul dari suami sudah tiba di penghujungnya, kemudian di ikuti dengan kata 'sah' dari saksi2 maka bermulalah detik utk kami menempuh alam baru bersama sehingga akhir hayat kami...Semoga Allah merahmati dan memberkati ikatan pernikahan yang dibina ini hingga ke Syurga Nya...ameen.

Selepas selesai doa dibacakan, my husbe menunaikan solat sunat 2 rakaat tanda kesyukuran buat Yang Maha Kuasa..diikuti dengan sesi pemakaian gelang dari suami utk aQ..Saat paling bermakna buat aQ ketika sesi aQ mencium tangan suamiku menandakan taat setia aQ sebagai seorang isteri kpd suami sehingga hujung nyawa aQ...

p/s Buat kwn2 semua...many2 thanks coz sudi dtg meraikan detik pernikahan, malam berinai, dan majlis resepsi kami...In sya Allah, gmbr2 akan diupload sedikit ms lg sbg tatapan kegembiraan bersama...Al maklumla, lepas cuti 2 minggu ni tugasan semakin bergerak aktif! sessi 'suke suki' tatkala majlis tersebt berlgsg also will be continue............=))huhu~~

Friday, May 20, 2011

"PJJ"

"PJJ" --------------> Perkahwinan Jarak Jauh

Entry ni khas utk kawan2 semua yg mengalami situasi yg aQ sendiri bakal hadapi... Meh bace =)

1) Jujur
-Sikap ini perlu ada dlm pasangan masing2 sbb kejujuran itulah pendinding kpd hubungan.

2) Percaya Kepada Pasangan
-Kita juga seharusnya mempunyai tahap kepercayaan yg tinggi terhadap pasangan, sikap suka mngesyaki, cemburu buta dan mendengar cakap org lain boleh mengugat kepercayaan terhadap pasangan. Jadi, tanamkan sifat percaya kpd pasanganmu dan betindak bijak bila ada ura2 mengatakan tentang pasanganmu disana, pendek kata kita siasatlah dulu ye kwn2...;)

3) Sentiasa Bertanya Khabar
-Dlm sehari, hantarlah mesej kepadnya sekurang-kurangnya “hai?”. Ini menunjukkan kita ingat akan pasangan kita disana dan pasangan kita disana akan tahu bhw kita disini tidak sesekali melupakannya.........

4) Fahami Keadaanya
-Kebiasaanya bagi pasangan yg sudah bekerja, semestinya kurang mempunyai masa dan kdg2 sibuk sehingga terlupa membalas mesej kita, janganla cepat marah. Tp aQ ni kdg2 terlajak perangai gak..hehe...Bukan ape, klu termarah tu psgn kena la phm..bkn kita nak mrh tp syaitan dh berjaya bt kita mrh... bkn kita sj2 nak mrh..hehe...sorri ye kamu...=D Sebagai pasangannya sudah semestinya kita tahu apa yg dilakukannya, lagipun bukan selalu dia xdapat meluangkan masa bersama kita melainkan dia selalu shj asyik sibuk dan jarang melayan kita...haaa..ni penting ni... so, jangan syak ape2 dulu, siasatlah seperti bertanya pd rakan- rakannya atau berbincang dengan pasanganmu.

5) Bergurau Senda
-Siapa kata pasangan jauh xboleh bergurau senda sprti pasangan dekat?, boleh ja.. Ambillah masa berbual dengan pasangan, ceritalah hal2 yg melucukan bersamanya..Walaupun perkara itu memalukan kamu seperti kamu tidur sehingga terjatuh dari katil, asalkan kamu berdua bergelak tawa bersama2, tidak mengapalah. Hubungan tidak akan menjadi hambar..kan...kan..kan....huhu........

6) Bertukar Hadiah
-Part ni bg aQ paling romantik...Apa kata anda dan pasangan sesekali bertukar hadiah, contohnya anda pulang dari kerja dan ternampak sebuah bingkai gambar yg cantik, xsalah anda membelinya dan menghadiahkannya kpd pasangan, sidia tentu terkejut menerima hadiah darimu dan bagi pasangan pula, sebolehnya balaslah la hadiah itu walaupun murah mcmana skali pun..sbb bukan harga jd ukurannya...Ini menunjukkan anda juga seorang yg pandai menghargai...mcm aQ la jgk kirenyeni..hehe..perahsantan ehh!! so, buat kamu, jagalah 'berry hitam n unta cumil' tu ye....

7) Tahu Waktu “Khasnya”
-Tips yg ketujuh ni khas buat kaum lelaki, seeloknya anda kaum lelaki tahu bila waktu “khas” nya, anda faham-faham sendirilah yerr.. Anda perlu tahu krn bila pasangan wanitamu telah tiba “waktunya”, emosinya xberapa nk stabil dan suka marah2 atau naik hangin walaupun hal kecil... Jadi bila anda tahu waktu khasnya, maka bila dia marah2 xtentu pasal xlah anda syak bukan2 krn anda tahu masa2 macamtu emosi sidia tidak stabil...Kire mcm bertukar jd naga tasik Chini
skjp..huhu~~ Si wanita pula jangan segan beritahu pasanganmu utk menglakkan salah faham.

8) Gunakan Kelebihan IT
-Sekarang zaman moden, macam2 jaringan komunikasi dan sosial seperti internet, facebook, dan sebagainya. xsalah anda berdua berbalas email atau chatting melalui intenet. Sesekali upload gambar kelakar atau romantik dan tag kan namanya atau anda tujukan video untuknya juga boleh. Sudah tentu sidia akan tersenyum lebar. Bagi yang tiada internet, hantarkan MMS bergambar padanya atau video mesej. Sekurangya terubat rindu dihati...ececeh..huhu=)

9) Bina Ikatan
-Bagi pasangan yang belum berkahwin dan sudah berpasangan bertahun lamanya, binalah ikatan pertunangan sekurang-kurangya. Dgn adanya ikatan tersebut sekurang-kurangnya anda dan pasangan anda telah mempunyai “tanda” dan sedikit sebanyak mempunyai tanggug jawab walaupun sedikit....

10) Jangan Terlalu Baik Dengan Temannya
- Walaupun niat anda baik berkawan dengan temannya dan untuk mengetahui tentang pasanganmu, namun ada hadnya.. Jangan selalu berhubungan dengan temannya utk mengetahui keadaan pasanganmu, bukan apa..jgn lak slh phm...takut2 ia mengundang perasaan cemburu dihati pasanganmu...

p/s Haa, inilah sedikit sebanyak tips yg aQ dpt kongsikan dgn kwn2 sume untuk memastikan hubungan berjalan baik. Walaupun kadangkala terdapat perselisihan faham, jgn giveup! try dl tips ni insyallah hbungan korang akan berpanjangan. Cube!! jgn xcube...rugiiiii....... selamat beramal kwn2 sume..hehe................................

Monday, May 16, 2011

Hari itu semakin hampir



Debaran kian kuat menghempas dada ini.. Makin difikirkan makin kecil rasanya diri ini.. YA ALLAH.. Kau kuatkanlah hambamu yang lemah ini.. Kau tabahkanlah hati ini.. Kau kuatkan lah Hati ini.. Aku hanya berserah kepada MU.. Aku percaya akan pertolongan MU.. Aku yakin Kau adalah segalanya..

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum hari itu menjelma. hari yang bakal mengubah hidup yang selama ini kosong dan terumbang ambing...terumbang ambing ker???hihi... Tatkala hari itu akan ada satu amanah dari Allah S.W.T yang harus dipikul dengan rasa penuh keimanan. Walau apa pun yang terjadi, semoga hari yang bakal menjelma akan mengukir sebuah taman yang indah untuk sama di imbau pada masa hadapan...Insya'allah..;)


Segalanya adalah bermula dari 2 hati yang ingin menjadi satu jiwa. Ingin sama melayari bahtera.. Ingin sama memiliki permata yang indah. Tahun demi tahun.. Bulan Demi bulan hari demi hari.. jam demi jam.. detik demi detik.. dan akan muncullah hari itu.. Bersedia atau tidak.. ianya tetap akan hadir...


Walau debaran semakin hebat.. Wajah ketenangan harus disuakan..Wajah harus indah bagai permata.. Genggaman harus yakin.. Pandangan harus tajam.. Senyuman harus selalu terukir di bibir...Insya'allah..huhu~


Semoga segalanya mendapat Rahmat dari ALLAH S.W.T.. Ameen..

Macam2 la...

Cube kwn2 tgk gambar ni...ishhh2..........................

Kita patut bersyukur sebab negara kita tak de yang macam ni.. Paling teruk pon Bas kokak tak de aircond.. Ataupun teksi sapu yang takde permit..hehe.....=p

Monday, May 9, 2011

…Monday blues

Hari ini dah 9 May…..Badan masih terasa letih..penat drive kereta xhilang lagi..Actually, sabtu n ahd aritu aQ bwk mak p menjemput …al-maklumla, gnila nasib jd anak bongsu..everythg bl nak kawen kene bt sendiri lor..huhu hanye aQ jela yg blh bwk mak aQ ke sane dan ke mari..huh! seyes, mcm kartun aku dlm 2 aritu…sungguh kepenatan! Klula time tu aQ ade power nak je aQ bwk mak aQ guna kipas doraemon tu senang ke sana sini..xpun wat mcm road runner running…hahaa…

Kalau minggu lepas destinasi kami ke Johor Bahru shj…tp minggu ni lebih hard aQ rs…Pagi sabtu aQ teman mak p antar sepupu bertunang di Taman Paya Emas, Melaka…Selesai mkn, destinasi seterusnye ke Alai, Crystal Bay n Umbai jemput kwn2 mak…Then, terus drive ke umah sedara mara di Teluk Kemang, Port Dickson, Rembau n Kuala Pilah. Lastly destinasi kami terus ke rumah adik beradik mak di Pahang n sampai umah pon dah lewat mlm... Pagi ahad destinasi pertama ke umah majlis kawen anak kawan rapat ayah di melaka. Selesai mkn terus ke rumah adik arwah ayah di Puchong. Then, umah adik bradik mak di Sungai Buloh dan Rawang. Selesai sume aQ cdg mmg nak balik awal…xmo ke mana2…tup2 aQ baru teringat aritu adlh 8 May is Mother’s Day…huhu~ ape lg aQ bwk mak ke KLCC n beli la somethg yg mmg mak dah lama idam2kan…aQ tau mmg dah lama mak harap..so, aQ trus beli n bt surprise to my emak..=) Gift dr aQ yg xseberapa tu khas utk ibuku yg dah byk berkorban utk kami sekeluarga… apepun, ari2 mmg ari kasih syg dgn my Emak..huhu…Love u Mak! Love u mosstt!!...............

aQ lihat jam dah kul 5.30 time tu…tup2 kak Rehan cal…time jwb phone mak aQ dah meleret senyum…sudah!!! Upe2nye kak aQ dah selamat tibe dari Perak (umah mertua) ape lg… mak suh aQ patah balik pergi ke rumah kakak…ats sbb nak tgk cucu kesayangan die…huhuu…layankan jela kerenah mak aQ ni…hihi=D sampai2 je umah kak Rehan…Luqmanul Hakim baru sudah mandi…tapi xdan nak pakai baju, die dah angkat tangn ke arah nenek die…walhal nenek die baru je sampai muka pintu…xsempat lg kak rehan nak bukak pintu si kecik tu dah riuh2 suara n angkat tgn die…hurmmm, sah la anak buah aQ ni upenye demam sbb rindu nenek die…hihii…maunye xrindu…dah 7 bln my mum jaga, trus mak ayh Luqman amik n hantar ke pengasuh….sianla dua insan ni…saling merindui……ape2pun, Makcu tau, Luqmanul Hakim sgt2 syg ngan nenek ...nenek xsama ngan nenek Mia(pengasuh)!kan Luqmanul Hakim..kan..kan..kan…..hehe…



4th month
(Dah pandai pgg botol cucu sendiri)



5th Month
(Suke sgt pgg Hp n capture pic sendiri..huhu~)



6th month
(suke nenek die kendong dr org lain...xmo turun2..manja!)



7th month
(Suke sgt2 merayau2 dgn 'kerete kebalnya'..=D)

Wednesday, April 20, 2011

~ mem"BESAR" dgn sihat ~

Dari kecil sampai ke besar...kesukaan aQ susu...milo...susu...milo...susu...milo...=)






Sedar xsedar dah nak masuk 26 tahun aQ kat ats Bumi ni... Alhamdulillah...panjang gak umo aQ ni upenye...syukurlah kan..=) Dl time kecik2 aQ slalu tanye ayah...."Ayah, camnela upe adiQ bile dah umo 20..tue agaknye kan..ntah ade ntah tidak kan ayah...silap2 kiamat dah dtg...hihi=D"













Kesukaan ayah aQ dl susu...so, aQ lebih kpd susu dr milo coz terpengaruh dgn my ayah...Tiap kali ayah balik keje mak aQ mesti dah siapkan susu untuk ayah...aQ lak adlh org yg paling suke menghabiskan lebih air yg ayah aQ minum...so, dah sah2 la ayah aQ xleh nak abiskan sume air dlm mug beso tu coz aQ mesti naik hangin kalo xdpt...hihi...sampaila aQ ke universiti, aQ still suke lg susu...














Cume bile dah keje ni aQ makin menjadi2 addict kpd milo...haha~ dan kesannnyaa...........................INI!!


So, no wonder la kalo aQ katakan....sejak keje ni aQ makin "SIHAT" haha~ aQ leh naik 10 kilo dlm tempoh 2 thn tau....caye x???hahahahha~~


Asyik makan..makan...makannnnn!!!huhu~~


Apa2 pun, yg paling penting.....falsafah perutku adlh MAKAN utk HIDUP!!=)

Tuesday, April 12, 2011

:: 45 HARI MENCARI CINTA ::





Merisik sudah...bertunang pun sudah... Tibe2 aQ mule teringat bibit2 perkenalan kami...haha~ mmg romantika de amore... =)




Bila tunang??



Kalau ikutkan kronologi... since making good friend, lamaran dr en tunang pd August 2, 2010 at 11:57am... (andaikata awak ditakdirkan untuk bersama saya, tindakan susulan selepas itu.. tp banyak lagi step2 harus dituruti dan disusuli.. dan ini bukan gesaan atau desakan atau paksaan. Ikhlas saya akui, saya terasa selesa kenal awk...dan saya x main2...)~ simple jek ayat die sesimple orgnye..huhu~ Then, aQ take time n kami bertunang pd February 5, 2011 at 11:00am..=)mean dah 2 bulan cincin tunangku di jari manis tgn kananku..;)




Mcmana blh suka dia??



Ntahlah yer, dari mata turun ke hati la.. chewaahh..haha..biarla rahsia aQ dgn 'gula2 hatiku'.......tapi yg penting skali dia takde kata kat aQ "awak, boleh jadi girlfriend saya x?" abis tu cmner kitaorg couple? ntah ek.. aduyaiiii...haha~ mmg xpernah couple pown...JUST GOOD FREIND(^_^) hanya kami fhm hati msg2.....=)




Kini hanya menunggu hari bahagia buat kami... 45 hari lagi B2B.... =)




Ya ALLAH, terasa masa cepat sgt berlalu.. nak buat persiapan utk B2B.. rasa macam byk dah buat tp rasa mcm tak buat apa2.. Mana tidaknye, baju nikah pun aQ xtempah lg..kad pon still on proceed coz baru je tempah..baju pun aQ xfitting lg tol2...huhu~ slambernye aQ ni!! hehe..




Apapun, byk lagi preparation yg aQ kene buat n fokus... aQ berdoa moga majlis kami dirahmatiNya...ameen..





Ya Allah, sekiranya Engkau tahu bahawa sidia itu lebih baik untuk diriku, agamaku, dan kehidupanku, jg di dunia dan akhirat, maka takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku, kemudian berkatilah aQ dalam urusan jodoh ini...Ameen

Monday, April 11, 2011

menuju ------> ‘cabaran-dugaan hidup’


Membentuk keluarga bahagia bukan lah semudah kita melafazkan, “ Aku mahu keluarga bahagia.”

Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia... tapi penah ke kita terfikir y rumahtangga bahagia itu ‘xwujud’ hanya dgn kata2... Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yg paling utama pengorbanann ke arah itu... bak kata pepatah...'kebahagiaan itu xdtg bergolek...harus diusahakan bersama...;) pd aQ sumenye bermula dgn “Rumahku, Syurgaku.” huhu~

utk peringatan diriKU SENDIRI....
Kalau terpaksa berkeras, jadi lah sekeras waja, krn waja itu masih boleh di tempa...
Jangan jadi sekeras batu…krn batu xmudah utk dibentuk...
Ada masa aQ perlu menunjukkan PENDIRIANKu...jgn marah ye awk~~

mungkin aQ sukar utk menjadi perfect’...tetapi memadailah dgn “tanggungjawab” yg aQ patut dan wajib tunaikan sebaik mungkin... Insya'ALLAH..Ameen

Wednesday, March 30, 2011

Patah kan Tumbuh...Hilang kan Berganti

Tajuk mcm sedih...

Tapi papepun senyum lebar2 ye kawan2...;))

Hidup yg sementara ni rugi kalau kite penuhi ia dgn rasa kesedihan...


Yang Patah Akan Tumbuh Yang Hilang Akan Berganti....

Kerap kita dengar ayat nie bila ada sesuatu perpisahan berlaku kn?

Tapi yg sudah patah xsama yg baru tumbuh dan yg sudah hilang takkan sama dgn yg diganti...


Kita meratapi sesuatu perpisahan seolah-olah macam dah tiada lg bahagia utk kita.

Memang kita patut bersedih tp jangan lah sampai meratapi perpisahan hingga lupa pd menyayangi kita.


Contohnya kita masih ada ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, sahabat-sahabat.

Mereka sedia utk menyokong kita sehingga kita mampu dan kuat untuk berdiri dgn sendirinya. Mungkin nampak mudah bukan?

Bagi yang mengalaminya, ibarat hidup di dunia sendiri, tiada lagi tempat bergantung, tiada lagi yang menyayanginya, mengasihinya, mencintainya, mengambil berat tentangnya....

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.


Tapi perpisahan boleh berlaku cara yg berbeza bukan shj putus cinta, tunang, bercerai hidup/mati...

Pasti kita semua xnk akhiri sesuatu perhubungan yg telah terbina dgn perpisahan...

Sebaik-baik Perancang adlh Allah itu sendiri.

Jadi kita hanya mampu merancang....


Org yg pergi takkan sama dgn org yg kita baru kenal.

Tp mungkin dia lebih baik dr sebelumnya. ^_^


Sentiasa bersyukur ke atas segala pemberianNya...


p/s buat kwn2 tersayg n all da readers, berdoa pdNya... Moga jodoh kalian dipermudahkan, insya'ALLAH

Friday, March 18, 2011

(",)

What should I say?
HE IS OFFICIALLY PARTIALLY MINE IN THIS EARTH.
As matter of fact, he is someone that Allah let me borrowed in this life...
Semoga ALLAH merahmatimu dunia akhirat kelak...Amin..

I'm fall in LOVE again...

Perhaps, this is what people call as true love.
Cause I fall in love again n again with the person I already love most...hehe..haiyaaa..
Hari ni aQ jiwangsness...;P
nampak mcm klakar sbb jatuh cinta dgn tunang sendiri...*blushing*tp tu la y aQ rs skrg...hehe~

:::Hati Ini:::


Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata??


Pepagi lg aQ dah termenug ats sejadah...
When I was woke up this morning, I thought that I felt so down n couldn't think wisely. Urmm...somtg wrong 2,3 ari ni...
Apa yg aQ tau... aQ mmg salah...;(
Mmg aQ y salah........................:((


I always keep asking myself :
'Kenapa hati aQ ni terlalu mudah u tersentuh mahupun terusik...aQ xsengaja..aQ hanyalah seorang hambaNya yang sentiasa berusha u menjadi dirinya sendiri tp berubah ke arah yg lebih baik...' InsyaAllah.

Pada masa yang sama, tanpa sedar, aQ masih seperti dulu...
aQ mudah terguris hanya krn prkr2 y remeh temeh...Hanya dgn SATU itu dah cukup u membangkitkan sikap keanak-anakan aQ...aQ xnak sumetu ada pd diri aQ...;(



May I story mori ckit kit pepagi jumaat yg as a blue blue sky always...
(should I??) arrghhhh........!!

Sedangkan lidah lagi tergigit..Inikan pula............


We were quarrellings not so often. SELDOM!! If we did, it's just for several hours. It didn't took so much time to settled n usually, it was just began because of a little things too. So~~CHILDISH!! Not him but me, perhaps. As a woman, of course I mostly followed whatever my heart told me n because of that, I usually thought an idiot / stupid things without made any evaluation regarding what will be happen if I'm doing that or this. (Fuhhh..teruknyer aQ...mmg sgt terukla..hurmmm)

In fact, nobody's perfect, right. Hurmm..everyone make mistake n I MUST learn from it. It might be difficult for us to make things right all the time but at least we try. So, I will not make any bigger mistake.
I'm really sorry...very very.......~~~

Whatever happen for these days...But Alhamdulillah, today I dah WARAS!! Hahaha...
My love towards him was never ever change. I pray n really wish we'll be together as a wife and husband. Then, turn to be a mum and dad, insya'ALLAH.. Oh Allah, please hear my pray n do bless our relationship. Thanks for let me met n knew him. Amin...


p/s: aQ rs kerinduanku pd mrk yg tersayang membuatkan aQ cepat terasa. Kesunyian aQ berada di rumah sewa ini dan siaran televisyen yg xmenarik, mungkinkah krn dek sumeni menyebabkn hingga hari ni aQ masih sprt dulu??:( hurmm...DON'T BE like this la siti...Sorry for those who read this entry that might feel that, OMG!!

In conclusion...I NEED U!! YES I am!!

Thursday, March 17, 2011

~IBU~

~IBU KAULAH SUMBER INSPIRASIKU~


aQ punya 1 IBU,

1 hati yg perlu dijaga,

hanya IBU org yg penting dlm hidup aQ setelah ayahku kembali mengadapNya....


Mungkin masa aQ muda belia, aQ 'kurang' nak hargai...darah muda panas bergelojak kdg2 buat aQ lupa..Guris hati IBU, terkasar kata, rasa biasa...langsung x rasa berdosa...Bila semakin matang, aQ sedar IBU sudah byk berkorban...Masa2 yg ada akan aQ cuba membahagiakan IBU...Menyayangi IBU selagi ada nyawaku di atas muka bumi ini...


Syurga dibawah telapak kaki IBU...Bila menjadi isteri syurga di bawah kaki suami...tapi jangan dilupa wahai siti...syurga suami tetap sama..tanpa keredhaan IBU, doa dan restu..hidup kita x akan kemana2..pandangla dgn mata yg sama..krn kedua2 nya telah bersabung nyawa..membawa kita lahir kedunia...

Doaku buat ibu..Moga sentiasa di bawah lindungan yang Esa..Moga IBU ditempatkan di dalam SyurgaNya kelak... Amin...

IBU...

maafkan adiQ...maafkan sgala kekhilafan adiQ...

insya'ALLAH janji adiQ pd arwah ayah xkan pernah pudar...